“Nak Kikis Apanya, Bukan Saya Yang Dimaksudkan..” – Taufiq Nafi Dirinya Kaki Kikis Duit Wanita, Hidup Serba Cukup

Hiburan

“Nak Kikis Apanya, Bukan Saya Yang Dimaksudkan..” – Taufiq Nafi Dirinya Kaki Kikis Duit Wanita, Hidup Serba Cukup

Pelakon Taufiq Hanafi menyatakan rasa kecewa apabila dirinya dikaitkan dengan spekulasi baru-baru ini tentang seorang pelakon lelaki yang diketahui sering mengikis duit wanita.

Pada awalnya, pelakon ini tidak mengendah kan gosip tersebut kerana menganggap itu tiada kena mengena dengan dirinya. Namun, tidak lama selepas artikel itu dikongsi, ramai yang menyangka dirinya merupakan lelaki tersebut oleh kerana diskripsi yang seakan-akan sama.

Advertisement

Saya rasa tak sedap bila netizen secara terang-terangan memetik nama saya sebagai individu dimaksudkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Taufiq Hanafi (@taufiqhanafi11)

Kata aktor ini, hubungannya bersama bekas tunang juga berakhir dengan cara yang baik tanpa masalah di antara mereka. Malah, Taufiq juga menafikan dakwaan mengikis duit bekas tunangnya memandangkan hidupnya sekarang serba mencukupi.

Nak kikis apanya, hidup saya Alhamdulillah serba mencukupi.

Saya hanya mahu bersihakan nama saya, bukan saya yang dimaksudkan dalam spekulasi tu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Taufiq Hanafi (@taufiqhanafi11)

Bukan itu sahaja, pelakon filem Malbatt ini juga berharap berita yang berlegar itu tidak akan mengelapkan masa depan kariernya. Katanya jika itu terjadi, dia hanya mampu berserah kepada Allah untuk membalas perbuatan tersebut.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

anim
6 months ago

Taufiq Hanafi Berniat Ingin Halalkan Hubungan Bersama Kekasih, Sedang Belajar Menjadi Bapa. - "Kebahagiaan Anak Nombor Satu.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...