“Nak Kerja Bagus Macam Cik Ni Mesti Mak Ayah Kena Keluar Duit Banyakkan?”

Trending

“Nak Kerja Bagus Macam Cik Ni Mesti Mak Ayah Kena Keluar Duit Banyakkan?”

Bila menyebut perihal anak-anak, pasti setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk mereka malah sanggup bersengkang mata mencari rezeki yang halal demi mereka.

Tiap detik fikiran mereka hanya untuk anak.Rezeki untuk anak. Tapi apa yang lebih menyedihkan baru-baru ini apabila seorang pekerja di bahagian perbankan berkongsi mengenai situasi hiba.

Advertisement

Di mana seorang lelaki tua datang ke bank untuk memohon pinjaman bagi menampung perbelanjaan anaknya di universiti.

Namun apa yang mengejutkan dan membuatkan netizen bengang dengan situasi pakcik itu adalah apabila anaknya memerlukan duit belanja sekurang-kurang RM 2000 sebulan!

Ini yang diluahkan oleh pekerja tersebut..

Sejak kerja bahagian pakcik-pakcik pencen ni, tak pernah hati tak sayu.

Setiap kali mereka datang atau kami menghampiri, mesti semuanya untuk anak anak & keperluan rumah. Tak pernah tak menyayat hati tau.

Haritu seorang pakcik ni datang nak buat pinjaman skim pesara. Tujuan dia cuma satu, anak dia tak cukup duit dekat U.

Dia bagitau kad pencen anak dia pegang, jadi memang setiap kali pencen anak dia akan keluarkan duit pencen dia tu (RM1500). Dan setiap minggu dia akan bagi duit makan dalam 50-100.

Saya tanya dia kenapa pakcik bagi dia yang pegang kad tu?

Habis pakcik makan pakai dekat rumah macam mana? Dia kata dia kerja kampung, bersih rumah orang atau amik upah kutip sawit.

Duit tu jugak la dia bagi setiap minggu dekat anak dia tu.

Saya tanya lagi, ni pakcik nak buat pinjaman pesara ni untuk apa? Nak beli tanah ke? Kot la nak buat perniagaan sendiri untuk tambah income bulanan.

Dia kata tak. Anak dia tak cukup duit dekat U. Tanya dia, dia dapat biasiswa @ ptptn tak? Dia kata ptptn dapat. Tapi tak cukup jugak. Tu yang dia bagi kad pencen + (50-100) setiap minggu.

Banyak jugak tu kan lebih kurang 2K setiap bulan kot. Bukan kolej swasta pun UPSI je.

Duduk asrama bukannya rumah sewa. Kawan aku pun upsi jugak, takde pulak banyak pakai duit macam tu.

Pastu aku malas nak campur banyak-banyak walaupun aku kena bimbing dia banyak benda lagi tapi sebab takut tak kukuh sangat, aku teruskan jela dokumen apa yang patut.

Lagipun dia dah berusia, aku cakap lebih sangat pun dia bukan faham sebab poin utama dia datang nak cari duit lebih bantu anak dia belajar.

Sedang asyik sediakan dokumen dia, dia tanya aku.

Nak kerja macam cik ni mesti mak ayah kena keluar duit banyakkan? Aku terkedu. Kenapa pakcik tanya macam tu?

Dia kata anak pakcik kata, nak dapat kerja bagus kena belajar betul-betuk, kena banyak pakai duit. Tu pakcik kerja lebih masa untuk bagi dia duit.

Sebab pakcik nak dia kerja bagus macam cik ni. Waktu tu Tuhan je tahu, rasa nak hubungi terus je anak dia tu.

TAK PAKCIK TAK! Saya kerja macam ni mak ayah saya tak keluar duit banyak pun.

Mak ayah saya tiada pun nak bagi kad bank dorang kat saya. Mak ayah saya tak pernah pun manjakan saya dengan duit banyak semata untuk belajar & berjaya.

Saya usaha sendiri sebab saya tahu mak ayah saya tak mampu nak manjakan saya dengan duit bulanan sampai lebih 2K macam tu tambahan duit ptptn lagi.

Saya hidup dengan duit mara 300 tu dengan duit tepi mak ayah kakak adik saya kasi.

Hidup je saya lagi, tak pernah pun ulang kertas. Bila nak mintak duit lebih mesti fikir 2 3 kali sebab tahu banyak lagi duit yang dorg nak guna dari saya.

Alhamdulillah saya berjaya je pakcik ada kerja dan sara keluarga saya sedikit kemampuan saya ada.

Kesiannya pakcik. Kenapa anak dia buat macam itu? Sepatutnya awak kena tahu la kemampuan mak ayah awak tu.

Dorang dah berusia la, tak perlu nak tekan sangat mereka untuk tanggung kau diluar kemampuan dorang. Kau yang sepatutnya perlu berusaha kuat.

Kadang-kadang susah tulah yang buat awak lebih tercabar untuk berjaya tau. Jangan sesekali gunakan kelemahan mak ayah untuk kepentingan diri sendiri.

Paling tak tahan tu, anak dia pulak sibuk hubungi hanya bila pinjaman ayah saya nak lulus bila duit boleh dapat?

Kirim salam aku nak layan kau.

Sumber: Fayrose FK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...