Nak Kekal Bertenaga Sepanjang Berpuasa? Ini Resepi Susu Kurma Mudah & Ringkas!

Kehidupan

Nak Kekal Bertenaga Sepanjang Berpuasa? Ini Resepi Susu Kurma Mudah & Ringkas!

Sudah pasti setiap umat Islam yang berpuasa ingin kekal bertenaga dan sihat sepanjang menjalani detik-detik puasa pada bulan Ramadan.

Sedia maklum, sepanjang bulan Ramadan, kita akan mendahului dengan memakan beberapa biji kurma berserta air kerana ia merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW.

Advertisement

Tapi kalau anda semua nak tahu, banyak sebenarnya manfaat kurma kalau dimakan pada waktu sahur! Kalau dah ‘bosan’ untuk makan begitu saja, anda boleh cuba resepi minuman berkhasiat iaitu Susu Kurma yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook ini.

1. Rendam 3 biji kurma dalam air suam yang sudah dibuang biji selepas berbuka.

resepi susu kurma

2. Blend 1 biji pisang dan 3 biji kurma yang telah direndam bersama-sama susu badam tanpa GULA.

resepi susu kurma

3. OPTIONAL. Kalau nak susu kurma itu lebih berserat, boleh letak sekali oat yang sudah dimasak/direndam.

resepi susu kurma

Mudah je kan? Buat setiap pagi, InshaAllah hari-hari berpuasa anda akan lebih bertenaga kerana banyak bahan berkhasiat yang mampu untuk bantu mengenyangkan perut sementara menunggu waktu berbuka.

Selamat mencuba!

BACA: Wajib Cuba! Resepi Viral TikTok, Ini Cara Mudah Membuat Crab Ragoon

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...