“Nak Kata Bahagia Selalu Pun Tidak” – Uqasha Senrose

Hiburan

“Nak Kata Bahagia Selalu Pun Tidak” – Uqasha Senrose

Pelakon Uqasha Senrose menangkis dakwaan mengenai rumah tangganya bersama Kamal Adli sedang berantakan dan bermasalah.

Kata Uqasha, setiap rumah tangga yang dibina pasti pernah berdepan dengan ujian dan liku-liku kehidupan dan tidak selalunya indah.

Advertisement

Jelas aktres jelita ini lagi, asalkan tidak sampai ke tahap menjengah ke pintu mahkamah, ia adalah normal dan biasa.

Bekerja dan menjaga anak adalah pengalaman baru bagi kami. Bergaduh kecil memang ada, contohnya, saya selalu ingatkan Kamal untuk basuh tangan sebelum pegang anak.

Walaupun tidak sentiasa bahagia berterusan, Uqasha berkara dia dan Kamal sentiasa berusaha menyesuaikan diri dengan tanggungjawab sebagai ibu bapa setelah dikurniakan anak.

Bila sudah beranak dan jadi ibu, jaga emosi paling penting. Gosip bukan-bukan saya tolak ke tepi.

Perkembangan terkini, Uqasha dan Kamal kini sedang sibuk menjaga anak kesayangan Hawra Uqaira yang ditahan di hospital akibat Influenza A meskipun sibuk dengan kerja.

Sekadar info, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam sebuah majlis akad nikah tertutup di Janda Baik, Pahang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Shila amzah
2 months ago

“Saya Tak Faham Dengan Orang Yang Menormalisasikan Penderaan” - Shila Amzah Hairan Isu Dera Dianggap Normal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...