Baru-baru ini, Aslam dan isterinya, Umisya Mazlan, menerima pelbagai kecaman selepas muncul bersama dalam sesi jualan langsung tudung di media sosial.
Ketika siaran itu berlangsung, ramai netizen dilihat meninggalkan komen bersimpati terhadap isteri kedua Aslam, iaitu Marissa Dania, sekali gus mencetuskan suasana tegang dalam ruangan komen.
Menjawab provokasi tersebut, Aslam dilihat cuba menenangkan keadaan dengan memberi respons terhadap komen yang ditinggalkan.
Kasihan apa ni? Saya tidak faham. Saya bagi makan dan tempat tinggal cukup. Awak kasihan dekat sayalah. Kasihan bermadu.
Namun, Umisya pula tampil menegaskan bahawa rasa simpati sepatutnya diberikan kepada pihak yang benar-benar layak, bukan secara membuta tuli.
Awak (netizen) cuba kasihan dekat orang yang tepat. Kalau nak kasihankan orang, berpada-pada.
Tengok keadaan. Jangan kasihan dekat orang yang tidak patut.
Jadi, awak nak kasihan yang mana satu ni? Sebab dua-dua bermadu.
Kenyataan tersebut pantas tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna yang berbelah bahagi antara menyokong dan mengecam kenyataan pasangan itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Pekerja Gara-Gara Sindir Pizza Mendonia Cik Epal