Nak Kahwin Tapi Duit Tak Cukup? Pakar Kewangan Kongsi 4 Langkah Bijak Untuk Bakal Pengantin Simpan Duit Dalam Masa Setahun

Gaya Hidup

Nak Kahwin Tapi Duit Tak Cukup? Pakar Kewangan Kongsi 4 Langkah Bijak Untuk Bakal Pengantin Simpan Duit Dalam Masa Setahun

Sebelum ini, seorang Profesor Keusahawanan dan Perniagaan dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berkata, perbelanjaan perkahwinan di Malaysia adalah antara yang tertinggi di Asean dengan kos purata antara RM50,000 hingga RM200,000.

Perkara itu menjadi salah satu punca ramai anak muda masa kini menangguhkan majlis perkahwinan mereka.

Advertisement
pengantin sarung cincin

gambar hiasan

Baru-baru ini, seorang pakar kewangan iaitu Dr Adam Zubir telah mengulas tentang masalah masyarakat bagi membuat simpanan majlis perkahwinan.

Menurutnya, antara kesalahan terbesar yang akan dilakukan oleh bakal pengantin adalah membuat hutang bagi menampung kos majlis perkahwinan yang tinggi.

Ini juga menjadi punca mengapa pernikahan terpaksa ditangguhkan kepada beberapa tahun yang akan datang akibat masalah kewangan.

Susulan itu, Dr Adam telah berkongsi beberapa tips bagi pasangan pengantin untuk mengumpul duit majlis dalam masa setahun saja.

Tetapkan kos keseluruhan majlis

Kata Dr Adam, tips pertama adalah menetapkan matlamat jelas tentang kos keseluruhan majlis berkenaan.

Nasihat saya, janganlah kahwin dengan kos yang begitu banyak, melainkan ibu bapa nak sponsor.

 

Tapi kebanyakan bakal pengantin kahwin guna duit sendiri. Rule of thumb, kalau nak kahwin jangan berbelanja lebih daripada satu tahun gaji.

Tetapkan rancangan yang realistik

simpanan kahwin

gambar hiasan

Tips kedua adalah menetapkan rancangan yang realistik untuk merealisasikan majlis perkahwinan. Perkara utama yang perlu difikirkan adalah adakah kos yang ditetapkan itu boleh dikumpul dalam masa setahun atau sebaliknya.

Jika ia tidak mencukupi, pasangan yang ingin berkahwin perlu tampil dengan insiatif lain iaitu mencari pekerjaan sambilan yang boleh dilakukan semasa waktu lapang.

Dengan simpanan sedia ada pula, bakal pengantin perlu meletakkan ia di tempat pelaburan berisiko rendah agar mendapat pulangan yang munasabah. Antara contohnya ialah Amanah Saham Nasional Berhad (ASB) dan Tabung Haji.

Buat simpanan emas

simpan emas

gambar hiasan

Selain itu, Dr Adam turut menggalakkan orang ramai untuk membuat simpanan dalam bentuk emas kerana ia akan membawa pulangan yang tinggi. Harga emas juga semakin lama, semakin tinggi di pasaran.

Kata Dr Adam lagi, dia tidak menggunakan emas fizikal bagi urusan jual beli tetapi bagi tujuan simpanan sahaja.

Emas ni boleh dijadikan sebagai hantaran. Jadi instead of hantaran wang tunai, anda boleh bagi hantaran 1kg emas.

Ambil tindakan

Selepas meneliti semua tips yang telah diberikan dan setiap rancangan sudah dikenal pasti, perkara utama bagi merealisasikan majlis perkahwinan adalah mula mengambil tindakan dan bukan sekadar cakap kosong.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

4 weeks ago

Buat 'Personal Loan' RM20K Untuk Majlis Kahwin, Pasangan Malaysia Ini Tak Kisah Bayar Bulanan RM300 - "Setakat Ni Gembira.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...