Nak Kahwin Tahun Depan! Leona Letak ‘Standard’ Tinggi Pada Lelaki Tetapi Tak Memilih Paras Rupa – “Kebanyakan ‘Ex’ Saya Bukanlah Kacak Sangat”

Trending

Nak Kahwin Tahun Depan! Leona Letak ‘Standard’ Tinggi Pada Lelaki Tetapi Tak Memilih Paras Rupa – “Kebanyakan ‘Ex’ Saya Bukanlah Kacak Sangat”

Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona atau mesra dipanggil Leona berkata kesukaran untuknya mencari kekasih mungkin disebabkan dia meletakkan ‘standard’ yang tinggi pada seseorang lelaki.

Kata Leona, dia tidak mementingkan paras rupa namun lebih selesa dengan lelaki yang matang dan berusia daripadanya selain mempunyai susunan gigi yang cantik.

Advertisement

Sebenarnya susah juga mahu cari teman hidup sebab standard saya sangat tinggi dan kebanyakannya tidak mencapai. Setakat ini tiada siapa mampu ‘impress’ saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Leona (@kasihirisleona)

Saya suka yang matang dan lebih tua daripada saya. Gigi kena teratur tidak boleh berterabur. Soal rupa saya tidak kisah sebab kebanyakan bekas teman lelaki saya bukanlah kacak sangat. Personaliti lagi penting bagi saya.

Leona juga turut memberitahu dia mempunyai rancangan untuk mendirikan rumah tangga pada tahun depan meskipun masih tiada calon suami lagi buat masa sekarang.

Malah, keluarga juga sudah tahu tentang itu dan menyokong niatnya asalkan dia menghabiskan pembelajaran dan selesaikan apa yang perlu dahulu.

Memang saya tiada calon lagi tetapi itu merupakan impian saya, harapnya tercapai.

Tahu saya masih muda tetapi saya memang nak jadi ibu di usia muda sebab saya sangat suka kanak-kanak. Semua hanya harapan, kalau ada jodoh, jangan terkejut kalau saya kahwin tahun depan.

leona

6 months ago

Sedar Punyai Ramai ‘Haters’, Leona Minta Jangan Peduli Tentang Hidupnya - “Kamu Bukan Tuhan So Saya Tak Perlu Buktikan Apa-Apa”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...