Pelakon terkenal, Sherry Ibrahim baru-baru ini menarik perhatian warganet selepas berkongsi di Instagram Story (IGs) mengenai mesej peribadi yang diterimanya berkaitan soal jodoh.
Pemilik nama sebenar Syarizad Ibrahim, 42, itu mengakui terkejut apabila ramai pihak mula menghantar pesanan mengajaknya berkahwin.
Difahamkan, mesej tersebut diterimanya selepas Sherry meluahkan rasa selesa hidup bersendirian tanpa memerlukan kehadiran seorang lelaki di sisi.
“Sekarang ramai pula yang DM ajak kahwin. Lawaknya. Ingat kahwin itu senang-senang atau suka-suka… Takutlah.”
Dalam nada bergurau, Sherry turut menyatakan sekiranya dia benar-benar mendirikan rumah tangga kelak, perkara itu mungkin tidak akan diumumkan secara terbuka.
“Tidak mengapa, saya tunggu Allah SWT yang aturkan ataupun saya kahwin tetapi tidak buat pengumuman. Nak kahwin senyap-senyap sajalah,” katanya sambil berseloroh.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.