June 21st, 2019

Tidak dinafikan kes perceraian penerbit Datuk A. Aida dan pelakon Ariff Aziz antara topik hangat diperkatakan oleh netizen pada minggu ini. Bercerai buat kali keempat, perkahwinan penerbit itu hanya mampu bertahan selama 10 bulan sahaja.

Bagaimanapun, A. Aida akui dia redha dengan ketentuan takdir, begitu juga dengan anak-anaknya yang tumpang bahagia dan menyokong keputusan yang dibuat oleh ibu mereka.

Dua anak perempuannya iaitu Wan Az Aleesa dan Wan Azevanatassha hanya mahu melihat ibu tercinta mereka bahagia dan gembira.

Pastinya apa sahaja keputusan yang dibuat oleh ibu adalah hasil perbincangan bersama anak-anak. Asalkan ibu gembira, kami turut sama-sama tumpang bahagia. Sepatutnya, mereka masih berada dalam fasa bulan madu yang membahagiakan, namun nampaknya ibu lebih bahagia apabila membuat keputusan untuk berpisah. Jadi, jika keputusan yang diambil ini lebih menggembirakan ibu, kami sentiasa berada di belakangnya.

Cuma, mana-mana lelaki yang ingin berkahwin dengan ibu perlu memenangi hati anak-anak dan keluarga terlebih dahulu.

Sebenarnya, sejak awal lagi mereka sudah menasihati ibu untuk mengenali hati budi seseorang lelaki dengan lebih lama lagi sebelum membuat keputusan untuk bernikah, tetapi A. Aida tetap memilih untuk bercinta selepas kahwin.

Dalam pada itu, Aleesa dan Azevanatassha menjelaskan mereka tidak akan pernah menghalang, andainya ibu mereka berhasrat untuk medirikan rumah tangga lagi di masa akan datang.

Sumber Berita : BH ONLINE

26 responses to “Nak Kahwin Dengan Ibu, Kena Pikat Hati Anak-Anak Dulu – Anak A. Aida”

  1. widow says:

    kawin cerai 4 kali, org akn pndg empunya diri lah salah.. ameng spring ok je ngan wifenya yg skrg. masuk penjara.. wifenya setia tunggu, bg semangat.. tgk bahagia ameng skrg cmana.. sdgkan kak aida ne still tercari2 kebahagiaanny.. smpi 4 kali haa.. next time lah kot terfikir nk kahwin lg.. jgn la pk ada duit, ko leh beli kebahagiaan.. even islam sndr ada ketetapan apa yg prlu dilihat sblm kita pilih pasangan.. jgn la mcm yg ne ok, kawin lah yg ne.. lepas kawen ooo.. tk ok, cerai lah.. 3 kali kawin cerai tkkan tak tau hidup ms brcinta ngan lepas kahwin tu cmana.. kak aida ohoiii la kak aida..

  2. Rin says:

    Nasi sudah jadi bubur, nape tak dari dulu sampai kan kepada calon pak tiri, bukan sekarang dah cerai berai

  3. pakatunhancing says:

    kang x pasal2 anak terpikat plak..

  4. JIMBO says:

    Pale otak ko la! Baru cerai sibuk ckp psl nak kawin, nak pikat la. Betulkan diri mak ko dulu. Tgk ape kurang. Sibuk minta org itu ini, sendiri hauk!

    Eh tiba2 plak aku emo. Maklum la, hal cerai berai ni bukan main2.

  5. unknown says:

    lelaki muda agree nak kahwin dengan wanita berusia, berharta adalah disebabkan duit.. Itu hakikat.. deny la macam mn pun.. vice versa.. the best, carilah yg seusia, gap x terlalu jauh beza.. minta restu keluarga xpecially anak2 perempuan.. kl main langgaq ja x kemana la jawabnya.. my 2 cents