June 21st, 2019

Tidak dinafikan kes perceraian penerbit Datuk A. Aida dan pelakon Ariff Aziz antara topik hangat diperkatakan oleh netizen pada minggu ini. Bercerai buat kali keempat, perkahwinan penerbit itu hanya mampu bertahan selama 10 bulan sahaja.

Bagaimanapun, A. Aida akui dia redha dengan ketentuan takdir, begitu juga dengan anak-anaknya yang tumpang bahagia dan menyokong keputusan yang dibuat oleh ibu mereka.

Dua anak perempuannya iaitu Wan Az Aleesa dan Wan Azevanatassha hanya mahu melihat ibu tercinta mereka bahagia dan gembira.

Pastinya apa sahaja keputusan yang dibuat oleh ibu adalah hasil perbincangan bersama anak-anak. Asalkan ibu gembira, kami turut sama-sama tumpang bahagia. Sepatutnya, mereka masih berada dalam fasa bulan madu yang membahagiakan, namun nampaknya ibu lebih bahagia apabila membuat keputusan untuk berpisah. Jadi, jika keputusan yang diambil ini lebih menggembirakan ibu, kami sentiasa berada di belakangnya.

Cuma, mana-mana lelaki yang ingin berkahwin dengan ibu perlu memenangi hati anak-anak dan keluarga terlebih dahulu.

Sebenarnya, sejak awal lagi mereka sudah menasihati ibu untuk mengenali hati budi seseorang lelaki dengan lebih lama lagi sebelum membuat keputusan untuk bernikah, tetapi A. Aida tetap memilih untuk bercinta selepas kahwin.

Dalam pada itu, Aleesa dan Azevanatassha menjelaskan mereka tidak akan pernah menghalang, andainya ibu mereka berhasrat untuk medirikan rumah tangga lagi di masa akan datang.

Sumber Berita : BH ONLINE

26 responses to “Nak Kahwin Dengan Ibu, Kena Pikat Hati Anak-Anak Dulu – Anak A. Aida”

  1. Anonymous says:

    anak2 pon…
    kena ingat, sebelum ‘anak2’ itu ada, mak bapak mereka kawen dulu baru ada ‘anak2’.
    takyah la nak kontrol mamanya sgt. mamanya pon nak bahagia. kalau anak & ayah tiri asyik gado..x sbulu.. mana maknya nak bahagia. maknya pon berhak bahagia wahai anak2…

  2. tak paham aku says:

    kalau dah sampai 4x kawin cerai tu tak payah nak salahkan takdir sgt..muhasabah diri,renung kesilapan & kekurangan diri sendiri…ni tak,gaya makin tua makin sendat,makin nak menyadokan diri kononnya…anak dia yg setahun pun pandai nasihat suruh fikir habis2 sebelum kawin,tp degil..nak gak becinta lepas kawin kononnya…nampak sgt utamakan nafsu

  3. wekkkkkkk says:

    Itu salah satu syarat dri anak2 nye.

    Syarat lain mungkin semua cheque harus ditandatangani oleh anak dulu seperti yg dipersetujui oleh sharing (share company) dan bank. Utk apa duit dikeluarkan..makin ssh nk dpt cash, makin kurang kah cinta..makin kurang kah kasih sayang..jgn marah…itulah pyebab runtuhnya syg dn cinta..

  4. meh says:

    patutnye ex laki dia kawin ngn anak dia baru ngam
    kawin ngn mak dia mcm mak ngn anak laki je
    ke anak ikan??? ops

  5. Peah says:

    Dgn anak-anak pun dah macam rakan sebaya