“Nak Jumpa Uqaira Perlu Tulis Surat Kepada Peguam Uqasha..” – Kamal Adli Harap Diberi Kelonggaran Untuk Jumpa Anak

Hiburan

“Nak Jumpa Uqaira Perlu Tulis Surat Kepada Peguam Uqasha..” – Kamal Adli Harap Diberi Kelonggaran Untuk Jumpa Anak

Pelakon Kamal Adli meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila berdepan kesukaran untuk meluangkan masa bersama anak perempuannya, Hawra Uqaira, akibat perlu melalui beberapa proses formal melalui peguam isterinya, aktres Uqasha Senrose.

Kamal, 39, berharap agar Uqasha dapat memberi kelonggaran supaya dia dapat bertemu anak tunggal mereka dengan lebih mudah.

Advertisement

Saya harap selepas ini, proses untuk berjumpa Hawra dipermudahkan. Sebab sebelum ini agak sukar, perlu melalui surat.

Kalau isteri tak mahu berjumpa saya tak apa, tapi anak saya mahu sangat berjumpa.”

Menurut Kamal, isu rumah tangga sepatutnya diselesaikan antara mereka berdua sahaja, tanpa perlu dijadikan tontonan umum atau bahan untuk dinilai orang luar.

Tak patut pun dikongsikan dengan orang dan jadi bahan untuk menghakimi.

Paling penting, tak ‘best’ untuk anak saya, Hawra. Sekarang saya nak pertahankan hak untuk jumpa Hawra.

Kamal berkata kali terakhir dia bertemu anaknya adalah pada 10 November, itu pun secara kebetulan tanpa perancangan.

Pelakon itu membuat kenyataan tersebut ketika ditemui selepas prosiding ketiga kes perceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada Rabu.

Kamal menegaskan fokusnya kini hanyalah untuk memastikan Hawra mendapat kasih sayang lengkap daripada kedua ibu bapanya.

“Dua Bulan Tak Jumpa, Qaira Perlukan Ayahnya Juga” – Kamal Adli Nak Pertahan Perkahwinan, Uqasha Nekad Cerai

Saya cuma nak cakap saya datang mahkamah sebab saya ada anak lagi yang perlukan mak dengan ayah.

Saya tak fikir fasal saya dah. Ini semua sebab Hawra. Saya tak nak anak tak dapat kasih sayang yang cukup.

Terdahulu, mahkamah menetapkan 18 Disember depan sebagai tarikh prosiding Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi kes perceraian pasangan itu.

Untuk rekod, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Kamal Adli uqasha cerai
2025-11-19 10:23:00

"Dua Bulan Tak Jumpa, Qaira Perlukan Ayahnya Juga" - Kamal Adli Nak Pertahan Perkahwinan, Uqasha Nekad Cerai

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OhBulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...