Nak Jumpa Peminat KUNG FU PANDA, “Po” Sanggup Terbang Jauh Untuk The Dragon Warrior’s Biggest Tour Di Malaysia!

Branded

Nak Jumpa Peminat KUNG FU PANDA, “Po” Sanggup Terbang Jauh Untuk The Dragon Warrior’s Biggest Tour Di Malaysia!

Dalam banyak-banyak filem animasi, salah satu filem yang akan buat anda teruja dan ternanti-nanti mesti filem KUNG FU PANDA betul tak?

Mana taknya, dah lah comel, banyak babak-babak kelakar yang menghiburkan, malah penceritaan tentang Po itu sendiri dah cukup menarik untuk ditonton sampai habis!

Tak kira usia, kami jamin mesti anda akan tonton keluaran terbaru produk KUNG FU PANDA kan? Berita baik untuk yang die hard fan filem animasi ini, Po kini mendarat di Malaysia untuk The Dragon Warrior’s Biggest Tour!

 

Sanggup Terbang Jauh Untuk Jumpa Peminat, Po Memang Panda Terbaik!

KUNG FU PANDA 4 The Dragon Warrior's Biggest Tour

Untuk pengetahuan, tak lama saja lagi, KUNG FU PANDA 4 akan menggegarkan setiap pawagam di Malaysia mulai 2 Mac 2024. Tak sabarnya nak tau apa yang akan jadi pada si comel gebu Po ni!

Disebabkan itulah, untuk menghargai anda yang sentiasa menyokong setiap keluaran filem KUNG FU PANDA, Po sanggup terbang jauh untuk jumpa anda semua tau.

Kemunculan kali pertama panda comel ini adalah di tempat bersejarah iaitu di Kwai Chai Hong, Chinatown, Kuala Lumpur dan macam-macam aktiviti ada tau. Pergh, asyik orang KL je dapat jumpa dulu, yang lain macam mana?

KUNG FU PANDA 4 The Dragon Warrior's Biggest TourSumber : AEON Mall Kulaijaya  

Jangan risau guys, Po akan meneruskan penjelajahannya ke 27 AEON terpilih di seluruh negeri dan baru-baru ini Po telah berjumpa dengan peminat di AEON Mall Bukit Raja, Klang dan AEON Mall Shah Alam pada 17 Februari 2024.

KUNG FU PANDA 4 The Dragon Warrior's Biggest Tour

Kemudian, jelajah diteruskan ke AEON Mall Nilai, AEON Mall Maluri dan AEON Mall Metro Prima pada 18 Februari 2024. Untungnya siapa yang dapat jumpa Po depan-depan!

Kalau anda tak berkesempatan untuk jumpa Po, jangan risau anda masih lagi ada peluang sebab jelajah belum habis lagi tau! Banyak lagi destinasi yang Po akan pergi.

KUNG FU PANDA 4 The Dragon Warrior's Biggest Tour

KUNG FU PANDA 4 The Dragon Warrior's Biggest Tour

KUNG FU PANDA 4 The Dragon Warrior's Biggest Tour

Jadi, anda tunggu apa lagi, dah alang-alang tengah cuti sekolah ni, ajak satu keluarga serbu AEON terpilih ini untuk berjumpa dengan Po!

KUNG FU PANDA 4 The Dragon Warrior's Biggest Tour

Psst, filem KUNG FU PANDA 4 akan keluar di seluruh pawagam di Malaysia pada 7 Mac nanti, tapi ada tayangan awal mulai 2 Mac tau. Jadi, jangan lupa tanda kalendar dan buat peringatan dalam telefon anda untuk tonton filem di pawagam berdekatan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...