February 12th, 2020

Baru-baru ini, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa tidak puas hati dan sentap apabila kesemua lagunya tidak pernah tercalon untuk ke pentas Anugerah Juara Lagu sedangkan karyanya semua bagus dan suaranya juga merdu setanding penyanyi tersohor, Anuar Zain.

amyza aznan gelar aliff syukri belut elektrik

Luahan terkilan Aliff itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan juga pelakon Amyza Aznan.

Amyza meluahkan rasa meluat dengan tindakan jutawan kosmetik itu yang didakwanya tidak habis-habis ingin “menceroboh” industri seni.

amyza aznan gelar aliff syukri belut elektrik

Tidak berbakat, “ceroboh” industri seni

amyza aznan kritik aliff syukri

amyza aznan aliff syukri

Menurut Amyza, Aliff tidak layak untuk berada di industri seni kerana sudah beberapa kali dia terbukti tidak mempunyai bakat dalam dunia nyanyian mahupun lakonan. Lebih baik untuk fokus kepada perniagaannya sahaja.

Rata-rata netizen bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Amyza dan memuji tindakannya yang berani mengkritik secara jujur.

amyza aznan aliff syukri

Pembantu peribadi Aliff beri respon

amyza aznan gelar aliff syukri belut elektrik amyza aznan kritik aliff syukri

Kritikan Amyza itu mendapat respon daripada pembantu peribadi Aliff yang mempertikaikan mengapa majikannya itu tidak boleh menceburi bidang seni dan bertanding di AJL? Sudah terbukti lagu-lagunya trending sehingga mendapat jutaan tontonan di laman YouTube.

Tidak faham bahasa, memang tidak layak ke AJL

amyza aznan aliff syukri

Tambah Amyza lagi, tidak dinafikan Aliff seorang yang kaya raya, berduit tetapi tolong jangan cemarkan industri seni. Harus terima kritikan dah hakikat dirinya bukanlah penyanyi yang hebat sehingga ingin mempertikaikan mengapa dirinya tidak layak ke anugerah berprestij AJL.

Terdahulu, Aliff berasa sedih kerana bakatnya seakan tidak dihargai di negara sendiri sedangkan suaranya sedap.

Sumber Berita : Astro Gempak & Amyza Aznan

8 responses to “Nak Juga Menyanyi Belut Elektrik Ni – Amyza Aznan Kritik Aliff Syukri Ceroboh Industri Seni”

  1. Abg Black says:

    xyah layan kak melayu bodoh cm alif belut ni.
    buang masa je.
    pegi mati jutawan melayu bodoh dan melayu2 bodoh yg sembah jutawan ni

  2. Aku Makhluk says:

    Mak dia pon sama dah mcm Alip tu.. Gila glamor, acah2 bodoh tk pandai it tapi hari2 mengilai mcm prempuan gila langsung tak jaga akhlak… Memang sajak pon anak n keluarga ni mcm ni… Gila glamor… Dari mak dia, staf mak dia, alip, pa dia semua lah sama je perangai.. Bawak2 muhasabah diri renungkan… Dduk n tawasul dgn Allah.. Tu rujuk dgn suami yg sgt bijak ugama… Tk kan diorg n i semua nk kene rugyah…

  3. youtubek says:

    Apala Amyza ni, kalau ko tengok youtube channel bonda, Mak si Alif ni memang ko tahu sangat perangai DAS. dia propa je. dia nak drama, tak yah layan better

Tinggalkan Komen Anda Di Sini