Nak Jual Atau “Refinance” Rumah Yang Dah Lama Dibeli? Ini Jawapan Pakar Hartanah

Trending

Nak Jual Atau “Refinance” Rumah Yang Dah Lama Dibeli? Ini Jawapan Pakar Hartanah

Bang, saya ada beli rumah tahun 2013, time beli dulu harga RM 100,000. Harini saya cek dengan bank value jadi RM 250,000.

Advertisement

Apa yang saya patut buat bang ?? Saya dalam dilema ni.

Ok jika korang dalam situasi ini, apa yang korang buat, perlu Refinance @ Jual rumah ni ??

Ada yang kata refinance sebab sayang jual rumah ni,

Ada yang kata jual sebab boleh dapatkan kuota 90% loan lagi.

Tak da salah
Tak da betul,

Tapi ini guideline yang aku sendiri guna dalam menguruskan hartanah aku sendiri.

REFINANCE : Bila sewa masih sama @ melebihi bayaran bulanan bank.

Contoh :

Beli 2013 = RM 100,000
MV 2017 = RM 250,000

Kadar sewa semasa = RM 1200/bulan

Apabila refinance 90% dari RM 250,000,
pinjaman akan dapat sekitar RM 225,000, dan bulanan sekitar RM 1125/bulan +/- (depend pada interest dan tempoh pinjaman)

Nota : Elak membuat refinance di Maybank kerana tempoh pinjaman cashout hanya 10 tahun, dan di ccris akan keluar sebagai Pinjaman peribadi.

Andaian baki hutang masih sama = RM 100,000
Lebihan tunai yang akan dapat sekitar = RM 150,000.

Gunakanlah RM 150,000 ini untuk membeli kereta idaman korang seperti BMW F30, Merc Benz E200, Audi A4, Honda Civic, Ducati Panigale sebab FREE !! Orang lain bayarkan.

Kalau tak nak, belilah 2 buah rumah lelong secara cash dan hasil sewaan tu boleh lah nak bayar ansurans Honda City @ Toyota Vios.

Setiap hujung minggu, start enjin kereta buat pulak Uber, dapat lagi extra income yang boleh di simpan di dalam ASB loan.

Hasil dividen ASB loan nanti, rolling pulak masuk Unit trust.

Hasil Unit trust nanti, bagilah kat aku kalau tak tahu nak buat apa.

Kat sini, walaupun selepas refinance,

Sewa > bayaran bank
RM 1200 > RM 1125

JUAL : Bila sewa lebih rendah dari bayaran bulanan bank.

Contoh :

Beli 2013 = RM 100,000
MV 2017 = RM 250,000

Kadar sewa semasa = RM 800/bulan

Apabila refinance 90% dari RM 250,000,
pinjaman akan dapat sekitar RM 225,000, dan bulanan sekitar RM 1125/bulan +/- (depend pada interest dan tempoh pinjaman)

Kat sini, jika membuat refinance,
Sewa < bayaran bank
RM 800 < RM 1125

Ini sudah sampai masa untuk korang menjual hartanah tersebut dan mencari hartanah lain.

Kuota loan 90% ada kembali + cash di tangan.

Belilah rumah yang betul, dengan harga yang betul, di lokasi yang betul, dengan objektif yang betul.

*Dua-dua atas ni aku dah buat, aku dah refinance rumah, aku dah jual rumah dan masing-masing dah beranak rumah lain yang bagi pasif income setiap bulan cuma belum beri aku supercar je. Doa-doakanlah yea.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...