Nak Jalan-Jalan Pada Hujung Minggu Dengan Anak-Anak? Wajib Lawat Taman Tema Dinosaur Terbesar Di Malaysia, Harga Tiket Pun Murah!

Travel

Nak Jalan-Jalan Pada Hujung Minggu Dengan Anak-Anak? Wajib Lawat Taman Tema Dinosaur Terbesar Di Malaysia, Harga Tiket Pun Murah!

Hujung minggu adalah masa yang tepat untuk ibu bapa meluangkan masa dengan anak-anak dan melayan karenah si kecil untuk berjalan-jalan. Jadi untuk mereka yang ingin bersiar-siar di hujung minggu, boleh lah bawa anak-anak untuk melawat taman tema dinosaur terbesar di Malaysia yang baru dibuka!

Taman tema dinosaur terbesar

Teman tema dinosaur yang baru dibuka 25 Mei lalu di Sungai Long, Kajang, Selangor ni pastinya akan menarik minat kanak-kanak kecil terutamanya mereka yang minat dengan kehidupan dinosaur.

Advertisement

Taman tema dinosaur ni seluas 11 ekar dan ada pelbagai jenis spesies patung dipersembahkan bersama dengan papan infografik untuk bacaan para pengunjung. Setiap patung itu dibina dengan saiz sebenar serta mengeluarkan bunyi!

Untuk ibu bapa yang mungkin sibuk di siang hari, jangan risau kerana orang ramai juga boleh berkunjung ke tempat ini pada waktu malam. Suasana dengan lampu berwarna-warni pasti akan menarik perhatian semua.

Harga tiket

Bagi mereka yang teringin untuk ke taman tema dinosaur ini bersama ahli keluarga mahupun rakan-rakan, ini adalah senarai harga tiket masuk serta info ke taman tema ini.

  • Dewasa: RM55
  • OKU, warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kanak-kanak 3 hingga 12 tahun: RM45
  • Kanak-kanak bawah 2 tahun: Percuma
  • Alamat: Monkeys Canopy, Lot 683, Jalan Persiaran Sg Long Hill, Sungai Long, 43200 Cheras, Selangor.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 10:00 pagi sehingga 10:00 malam.

 

taman tema dino terbesar di malaysia

taman tema dino terbesar di malaysia

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 month ago

Tak Perlu Keluar Bajet Mahal-Mahal, Korang Boleh 'Jelajah Jepun' Hanya Di Shah Alam Je!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...