“Nak Jaga Anak Sendiri Pun Kadang Menguji Kesabaran…” – Dayana Roza Gesa Kerajaan Lakukan Ujian Kesihatan Mental Terhadap Pengasuh

Hiburan

“Nak Jaga Anak Sendiri Pun Kadang Menguji Kesabaran…” – Dayana Roza Gesa Kerajaan Lakukan Ujian Kesihatan Mental Terhadap Pengasuh

Pelakon, Dayana Roza tampil menggesa pihak kerajaan untuk menjalankan ujian kesihatan mental terhadap para pekerja taska, tadika atau pusat asuhan susulan terlalu banyak kes kematian bayi dan anak kecil yang berada di dalam jagaan mereka.

Menurut pelakon itu, ujian ini perlu dilaksanakan untuk memastikan tahap kesihatan mental mereka berada di dalam keadaan yang stabil kerana tugas mereka untuk menjaga anak kecil sangat mencabar.

Advertisement

dayana roza

Dah banyak sangat kes macam ni, kerajaan kena start buat mental health check up untuk semua yang kerja taska, tadika termasuk pengasuh.

 

Kena tengok diorang fit tak untuk jaga budak kecil dan semua kena registered.

 

Nak jaga anak sendiri pun kadang menguji kesabaran kita. Inikan lagi anak orang.

Perkara itu diluahkan menerusi satu hantaran di Instagram Storynya.

Dia turut berkata, para pekerja taska dan pusat asuhan perlu mempunyai minat yang mendalam terhadap pekerjaan mereka dan bukan sekadar untuk menerima gaji sahaja.

Kalau tak minat nak jaga budak, jangan kerja. Tak semua orang mampu. Jangan kerja sebab duit sahaja.

dayana roza gesa kerajaan buat mental health check up pada pengasuh

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai seorang bayi yang berusia empat bulan yang dilaporkan meninggal dunia di sebuah taska di Kuala Langat.

Bayi tersebut didakwa meninggal dunia tanpa diberitahu sebab atau punca secara terperinci oleh pihak taska.

Difahamkan, pihak polis turut mengesahkan premis taska terbabit tidak berlesen.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

uyaina sedih baca kes kematian bayi 4 bulan
5 days ago

“Hancur Hati Baca...” - Uyaina Arshad Akui Terkesan Baca Kes Kem*tian Bayi 4 Bulan, Nasihat Ibu Bapa Cari Tadika Berdaftar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...