Nak Jadi Yang Terawal, Peminat Apple Sanggup Beratur Untuk ‘Pre-Order’ Iphone 16

Gaya Hidup

Nak Jadi Yang Terawal, Peminat Apple Sanggup Beratur Untuk ‘Pre-Order’ Iphone 16

Sedia maklum, tibanya bulan September para peminat jenama teknologi Apple pastinya tertunggu-tunggu edisi terbaru telefon bimbit iPhone.

Edisi kali ini, Iphone 16 mula menjadi tumpuan dan nampaknya sudah ramai yang tidak sabar untuk memiliki edisi terbaru Apple itu.

Advertisement

Difahamkan, kedai-kedai pengedar Apple sah sudah mula menawarkan pra-tempahan buat para peminatnya yang mahu mendapatkan iPhone 16 bermula 13 September.

Menjengah ke media sosial Switch Malaysia, sudah ramai yang mula beratur untuk menjadi yang terawal untuk membuat tempahan telefon idaman masin-masing.

Malah, orang ramai sanggup datang seawal jam 8 malam tadi  bagi memastikan mereka menjadi pemilik terawal berbanding orang lain.

Perkongsian tersebut ternyata telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya kagum dengan kesungguhan peminat jenama teknologi dan peranti mewah itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Celcom Digi BN
3 weeks ago

CelcomDigi Raikan Belia Malaysia dengan Teknologi 5G Sempena Hari Kebangsaan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...