“Nak Jadi Mak Bapa Kena Cerdik..” – ‘Challenge’ Tinggal Sebumbung Lelaki Perempuan, Rita Rudaini Bidas Ibu Bapa Peserta

Hiburan

“Nak Jadi Mak Bapa Kena Cerdik..” – ‘Challenge’ Tinggal Sebumbung Lelaki Perempuan, Rita Rudaini Bidas Ibu Bapa Peserta

Sebelum ini, tular di media sosial tentang sebuah cabaran diadakan oleh seorang pempengaruh yang menempatkan seramai 77 orang peserta lelaki dan perempuan dalam sebuah rumah selama 77 hari.

Cabaran tersebut telah menerima kecaman daripada netizen yang menganggap hal tersebut tidak patut dilakukan kerana tidak menjaga batas antara lelaki dan perempuan.

Advertisement

Ibu bapa perlu main peranan

Terbaru, pelakon Rita Rudaini turut terlihat meluahkan rasa tidak puas hati dengan program tersebut kerana dianggap meniru program barat. Menerusi Instagram story, aktres ini membidas tindakan ibu bapa yang memberi kebenaran kepada anak-anak mereka untuk menyertai cabaran tersebut.

Buat program nak tiru barat, sedar diri sikit dik, diaorang bukan Islam tak apa lah duduk satu rumah..

 

Yang mak bapa pun, hantar anak ke program macam tu apa ada dalam kepala otak depa noh? ‘Teladan’ celah mana? Nak jadi influencer pun kena cerdik. Nak jadi mak bapa pun kena cerdik. Bukan senang nak jadi mak bapa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Salah gunakan teknologi

Bukan itu sahaja, Rita turut berkata pempengaruh tersebut seharusnya tahu menggunakan teknologi dan media sosial bagi tujuan yang betul dan bukan untuk sesuatu yang tidak mendatangkan faedah.

Patut makin canggih teknologi dan media sosial bagai, patut makin cerdik dan makin maju lah, ni dah serupa orang zaman paleolitik dah dalam rumah tu, batak FAME!

rita

Sekadar info, program yang bernama Hero Teladan itu merupakan sebuah cabaran dimana para peserta harus tinggal bersama dalam sebuah rumah yang dipenuhi kamera dan diawasi 24 jam selama 77 hari.

Isa isaarb
7 months ago

Isa Isarb Rugi RM500K Batalkan 'Challenge' Lelaki Perempuan Duduk Serumah - "Saya Minta Maaf Kepada Semua Orang"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...