July 9th, 2019

Baru-baru ini, pelakon kacak Remy Ishak digosipkan bercinta dengan seorang model. Mengakui mengenali wanita itu sejak lima tahun lalu, Remy bagaimanapun menafikan mereka menjalin hubungan istimewa.

Meskipun belum ada pengganti ataupun calon isteri, Remy sudah memilih tarikh 20 Februari tahun hadapan untuk melangsungkan perkahwinan. Katanya, tarikh itu dipilih sebagai persediaannya untuk melangkah ke fasa kehidupan baru.

Kalau sudah ada calon, esok juga saya nak kahwin. Saya memang nak kahwin, tapi apakan daya jodoh tak sampai lagi. Cuma tarikh saja yang sudah ada iaitu 20 Februari tahun depan. Jadi, saya mempunyai masa beberapa bulan lagi untuk mencapai misi itu.

Orang cakap saya terlalu memilih, tapi dalam soal perkahwinan memang kena pilih. Kita nak berkahwin untuk tempoh yang lama dan kalau boleh kekal selamanya. Bukan nak sekejap saja. Saya tak nak selepas beberapa tahun berkahwin timbul masalah.

Bergelar seorang selebriti popular dan mempunyai ramai peminat wanita, Remy akui bukan mudah untuk wanita menjadi isterinya. Mereka perlu membuang sifat cemburu dan memahami kerjayanya dalam bidang hiburan.

Menjadi isteri saya memang susah. Pertama, kena buang rasa cemburu. Kalau sudah cemburu, tidak akan ada yang positif. Dari situ akan wujud sikap mengongkong. Saya pula nak bergerak dan membawa keluarga ke arah bahagia dan berjaya. Kalau itu berlaku ia akan menjadi susah.

Saya berada dalam bidang hiburan dan mempunyai ramai peminat wanita. Selepas ini perkara yang tak ada apa, dijadikan masalah pula. Saya tak mahu semua ini. Jika saya cuba kawal sekali pun, susah. Cemburu dengan perempuan ibarat irama dan lagu. Takkan saya nak berhenti berlakon? Kalau berhenti sekali pun, perkara sama tetap terjadi.

Hendak pilih pasangan hidup ini bukannya mudah, harus teliti dan mereka juga perlu sesuai dengan diri kita agar dapat hidup dengan harmoni.

Sumber Berita : Harian Metro

26 responses to “Nak Jadi Isteri Saya? Kena Buang Rasa Cemburu – Remy Ishak”

  1. indu bajik says:

    POYO… HAHAHAHAHAHAHAHA STATEMENT BASI!

  2. QA says:

    Dulu suka tengok lakonan dia ni, tapi lepas terserempak beberapa kali, dekat kondo with perempuan lain masa statusnya masih tunangan orang – terus rs dia ni fake!

    1. “Orang cakap saya terlalu memilih, tapi dalam soal perkahwinan memang kena pilih. Kita nak berkahwin untuk tempoh yang lama dan kalau boleh kekal selamanya. Bukan nak sekejap saja. Saya tak nak selepas beberapa tahun berkahwin timbul masalah.” – kalau iya nk memilih pun, betulkan diri sendiri dulu, sebelum nk demand mcm2. Kalau dh dr masa bertunang pun, dh keluar & overnight kondo perempuan lain, mcm mane nk bertahan? Jangan kata setahun, sebulan pun belom tentu tahan. Ubah perangai sendiri dlu, baru la cari calon.

    2. “Menjadi isteri saya memang susah. Pertama, kena buang rasa cemburu. Kalau sudah cemburu, tidak akan ada yang positif. Dari situ akan wujud sikap mengongkong. Saya pula nak bergerak dan membawa keluarga ke arah bahagia dan berjaya. Kalau itu berlaku ia akan menjadi susah.” – Perempuan mana pun sama, mmg dilahirkan dengan sifat cemburu. Dh kalau lelaki tu jenis tak setia, mencurigakan, pastu bagi alasan tak masuk akal…mcm mane nk fikir positive? Lelaki kalau cemburu, lg buruk kot perangai… CONTOH: Menangis2, merayu Tiz Zakiyah, pukul Umi Nazirah…

    Mmg dlm Islam ada garis panduan cr jodoh. Cari yg sekufu supaya rumah tangga bahagia… Ukur baju dibadan sendiri.. Jangan ckp mendongak langit sgt, bunyi mcm kita ni sempurna sgt – sedangkan kita punca jodoh menjauh…

  3. QA says:

  4. Minahvogue says:

    Tak nak.. Muka pun mcm mat bangla.. Hahaha

  5. ana says:

    jom lah jadi laki saya, saya tak dak masa nk cemburu, saya ni nak berak pon x sempat… busy sgt ni..huhu..

Loading...