Gangguan seksual merupakan suatu perkara negatif yang boleh berlaku dalam kehidupan seseorang lebih-lebih lagi jika ianya berlaku di tempat kerja kerana boleh memberi kesan buruk kepada mangsa dan organisasi.
Namun, begitulah yang terpaksa dihadapi oleh seorang wanita yang telah membuat pendedahan kepada seorang influencer bernama Ceddy menerusi direct message (DM) di laman Twitter.
Menerusi hantaran tersebut, Ceddy telah berkongsi tangkap layar perbualan bersama wanita itu yang menceritakan bagaimana dia diganggu oleh seorang lelaki yang juga merupakan rakan sekerjanya.
Eh tak balik lagi? Rumah dekat mana? Nak ikut balik rumah?
Menurutnya, rakan sekerja itu telah bertanya sedemikian apabila melihat wanita itu masih belum pulang ke rumah.
Gatal ya tiba-tiba nak ikut balik rumah. Buat apa nak ikut? Nak cuci tandas ke? Miang betul jantan tu.
Gila ka, cakap benda macam ni kat co-worker you. This is why I always advise people to enforce boundaries with your colleagues, you don’t have to be besties with them, habis kerja balik rumah masing masing, takyah gatal nak ikut balik. ?
What would you do in this situation? pic.twitter.com/c3gT1jMYE7
— Ceddy (@CeddyOrNot) July 5, 2022
Meninjau di ruangan balas, rata-rata orang ramai turut bersetuju dengan pendapat influencer itu yang menegaskan bahawa orang ramai sepatutnya meletakkan batas pergaulan walaupun dengan rakan sekerja.
Kena ada boundaries tak kisah la lelaki ke perempuan. Tempat kerja is tempat kerja. – netizen.
“Tu dah kira gangguan seksual.. sesiapa yang kena gangguan seksual di tempat kerja boleh lapor dekat jtksm.mohr.gov.my,” tulis seorang lagi pengguna Twitter.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.