Nak Hina, Hinalah! Saya Sedang Cuba Selamatkan Rumah Tangga – Ammar Alfian

Hiburan

Nak Hina, Hinalah! Saya Sedang Cuba Selamatkan Rumah Tangga – Ammar Alfian

Dihimpit kontroversi curang dan sedang berdepan kemelut rumah tangga kerana perbuatannya itu, pelakon Ammar Alfian mengakui dirinya banyak melakukan kesilapan dan bukanlah seorang manusia yang sempurna. Menurut Amar, sebagai seorang suami dan bakal bapa, dia kini sedang berusaha untuk cuba menjadi seorang insan yang lebih baik.

Advertisement

Nak hina, hinalah. Kalau mahu menilai saya daripada kesalahan yang telah saya lakukan, terpulang. Saya tidak sempurna. Setiap hari saya mencuba untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik.

Kalau ada perempuan murah yang cuba mendekati, ianya sekadar sentuh dan saya akan tinggalkan mereka. Itu sewaktu saya masih muda. Sekarang sudah tua. Saya dah tak buat perkara itu. Saya cuba untuk menjadi seorang Muslim, suami dan ayah yang lebih baik.

Ammar pada masa yang sama menjelaskan tindakannya memuat naik foto bersama isteri, Nelissa Nezam pada Ahad lalu adalah semata-mata bertujuan untuk menyelamatkan perkahwinan mereka. Dia mahu meninggalkan sikap buruknya dan ingin memperbaiki rumah tangganya yang sedang bermasalah.

Terdahulu, Nelissa meluahkan rasa marah dengan tindakan suaminya itu. Wanita itu menganggap Ammar langsung tidak menghormati dirinya serta anak yang sedang dikandung. Dia mendakwa tujuan Ammar memuat naik foto mereka semata-mata kerana ingin meraih perhatian.

Nelissa turut mendedahkan Ammar sekali lagi ‘kantoi’ mesej dengan perempuan lain dan tidak mungkin akan kembali menjalani kehidupan bersama sebagai suami isteri lagi.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

11 Comments

  1. Anonymous

    July 31, 2019 at 12:12 pm

    Jadi dgn atikah dulu tu betul lah.. nak tau je…. senab dah selalu buat… retis kan

  2. Anonymous

    July 31, 2019 at 10:06 am

    Dah lah laki bini merempan kat media sosial. Yg si bini aku paham lah tengah mengandung emosi mungkin tak stabil bile kena mcm tu. Yg si jantan syok sendiri tulis panjang2 sedangkan dh memang mistake sendiri. Setel sendiri dh ler. Tgk mawar dlm senyap nah kau tergamam si fizo.

  3. Anonymous

    July 31, 2019 at 9:58 am

    cubalah berbaik dulu, lain kali kalau ada..terus je ke mahkamah syariah

    • lin

      July 31, 2019 at 11:07 am

      boleh buat perjanjian balck n white, kalau curang lagi , jatuh talak.

  4. Anonymous

    July 31, 2019 at 9:56 am

    dulu viral kau nye “tu”..org wanita dh tgok, pasti akan kejar u punya, walaupun kau nk insaf..godaan..godaan

  5. ally

    July 31, 2019 at 9:15 am

    Dude, it’s really hard to brain your message man especially after what you’ve done while your wife is pregnant with your first child. No woman, who willingly marries a man, deserves this. A woman’s trust, once broken, is really hard to fix. Try putting yourself in a wife’s shoes. Cuba kalau dia buat apa yg you dah buat, will you forgive her? I don’t think so. Btw, cara you nak win her balik is so much like Oks. Oh please.. spare us.

    • Suraya

      July 31, 2019 at 9:49 am

      boleh pulak tu kononye nak jadi muslim baik, masa kau main dengan pompuan lain tu kau muslim baik ke? tolong jangan mempergunakan islam to justify your action. semua kesalahan tu atas diri anda sendiri, got nothing to do with religion or god. so get lost.

Loading...