Nak Hasil ‘Ons’ Punya Pasal! Pasangan Rakam ‘Pre Wedding’ Guna ‘Flare’, Jadi Punca Gunung Bromo Terbakar

Kehidupan

Nak Hasil ‘Ons’ Punya Pasal! Pasangan Rakam ‘Pre Wedding’ Guna ‘Flare’, Jadi Punca Gunung Bromo Terbakar

Kawasan savana yang dikenali sebagai Bukit Teletubbies di taman negara Gunung Bromo, Indonesia dilaporkan terbakar disebabkan oleh flare atau mercun suar dinyalakan untuk gambar pre wedding.

Seorang lelaki berusia awal 40-an telah ditahan oleh polis tempatan dan difahamkan dia yang memberikan idea untuk menyalakan mercun suar tersebut.

Advertisement

Ketika ini, kawasan yang mereka lakukan penggambaran itu berada dalam musim panas dan kering jadi rumput serta lalang di situ mudah terbakar.

Ketua Polis Probolinggo Wisnu Wardana mengesahkan suspek yang ditahan merupakan pengurus perancang perkahwinan.

Dia sebagai orang yang dipertanggung jawab dalam hal ini, malah tidak mempunyai permit khas untuk memasuki kawasan konservasi Gunung Bromo.

Pihak Taman Negara Gunung Bromo menyatakan rasa kesal kerana ketika kebakaran baru mula terjadi, mereka ini hanya membiarkan sahaja dan tidak berusaha untuk memadamkan api.

Tambah Wisnu, sesiapa yang mahu memasuki zon itu perlu mendaftar dan membayar harga permit mengikut jenis aktiviti yang hendak dilakukan.

Ketika mendaftar juga mereka perlu isytihar peralatan dan perkakasan yang dibawa masuk ke dalam kawasan itu.

bromo

Kini, akibat penggunakan mercun suar tersebut, 50 hektar hamparan rumput terbakar teruk dan pengurus perancang perkahwinan tersebut berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga 1.5 bilion Rupiah (RM456,000) jika sabit kesalahan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

histeria
2 years ago

Gara-Gara Seorang Staf Buang Tuala Wanita Kotor, Ratusan Pekerja Kilang Histeria Dirasuk Di Siang Hari

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...