“Nak Harapkan Duit, Saya Memang Tak Ada..” – Syed Saddiq Dedah Bella Astillah Bukan Seorang Materialistik

Hiburan

“Nak Harapkan Duit, Saya Memang Tak Ada..” – Syed Saddiq Dedah Bella Astillah Bukan Seorang Materialistik

Tular di Threads satu video siaran langsung yang memperlihatkan Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sehingga mencuri perhatian warganet.

Dalam siaran tersebut, Syed Saddiq menegaskan bahawa Bella bukan individu yang memilih pasangan berdasarkan harta semata-mata, sebaliknya lebih mementingkan kebaikan dan karakter seseorang.

Advertisement

“Itu bukan Bella, Seratus peratus itu bukan Bella (bergantung pada duit). Dia seorang yang mengambil berat tentang kebaikan dan karakter yang baik lebih daripada segalanya.”

“Nak harapkan duit, saya memang tak ada… minta maaf,” katanya berseloroh.

Bella pula berkongsi pandangannya mengenai realiti kehidupan yang tidak selamanya berada di atas dan pentingnya nilai kebaikan dalam sesebuah hubungan.

“Saya rasa, sesiapa yang ada duit banyak… saya ada kawan-kawan yang diuji ada duit, lepas itu tak ada. Saya rasa kehidupan ini tidak selamanya di atas, kadang-kadang boleh jatuh juga.”

“Sebab itulah kebaikan penting. Sebab baik yang akan berkekalan sampai bila-bila. Kalau you pilih orang yang berduit, tapi dia tak ada budi bahasa, dia tak baik, kita akan hidup derhaka sengsara,” ujarnya.

Dalam masa sama, Syed Saddiq menjelaskan bahawa soal kewangan bukan alasan untuk seorang lelaki mengabaikan tanggungjawab terhadap pasangan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-02-19 13:00:04

"Tiba-Tiba Nampak Lembaga.." - Netizen Terjumpa Akaun Media Sosial Isteri Mangsa Bun*h Di Cherating, Hantaran Undang Sebak Ramai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...