Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi mendedahkan bekas suaminya itu culas membayar nafkah anak sejak dua bulan yang lalu.
Ujar Shuhada, dia terpaksa bekerja keras untuk mencari duit bagi menampung perbelanjaan dia dan dua anaknya, Umar dan Humaira.
Saya cari rezeki untuk anak-anak. Iya lah tanggungjawab saya sebagai seorang ibu kena jaga anak bagi yang terbaik untuk anak-anak.
Saya bersusah payah seorang diri, nak harapkan RM100 sorang yang Hafidz bagi duit tiap bulan tu pun culas, dah dua bulan tak kasi susah juga la.
Dia dalam pada itu sempat menafikan mengenai dakwaan dia masih belum dapat ‘move on’ setelah bercerai dengan aktor itu.
@hafidzroshdi Percaya kepada ALLAH SWT.. yakinlah dengan setiap ketentuanNya ??. #hafidzroshdi #mrherohr #mrkening? #teamhafidzroshdi #hafidzroshdiasia #berandatiktok #berandafyp #berandafyp? #berandagak #berandalagi #fyp #fyp? #fyp??viral #fypage #fypdongggggggg #foryoupage #videoviral #viralvideo #viraltiktok #viralmalaysia #tiktokmalaysia #tiktokmalaysian
Sekolah Humairah pun dah RM1,000, jadi maksud move on bagi saya adalah saya boleh ketawa dan bergelak dengan apa yang berlaku pada saya dengan rasa tenang dan tiada dendam, itu move on.
Bukannya delete semuanya dan simpan dendam dekat bekas suami sebab dia masih bapa kepada anak-anak saya.
Terdahulu, Shuhada dan Hafidz yang mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 telah sah bercerai pada 27 Julai lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka berdua dikurniakan dua orang anak iaitu Humairah,6, dan Umar yang kini berusia 3 tahun.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.