Nak Hadiri Kenduri Kahwin, Dapat Hadiah Penumbuk Dari “Abang Kawasan”

Trending

Nak Hadiri Kenduri Kahwin, Dapat Hadiah Penumbuk Dari “Abang Kawasan”

Gara-gara kerana pelanggaran yang dipercayai tidak begitu serius, seorang lelaki ditumbuk dan dipijak oleh seorang ‘Abang Kawasan’, pada Sabtu lalu.

Advertisement

Kejadian lebih kurang jam 3.15 petang di Jalan Nenas Taman Kota Masai itu, mangsa dalam perjalanan untuk menghadiri kenduri kahwin, namun telah dihalang oleh sebuah kereta Proton Saga JDH1128 (putih).

“Lelaki telah menghalang laluan kereta saya dengan sengaja sebelum datang dalam keadaan marah dan memaklumkan bahawa saya telah melanggar keretanya semasa berada di persimpangan lampu isyarat.

“Dia menyuruh saya keluar, namun saya tidak mahu melayannya menyebabkan dia tiba-tiba menendang pintu kereta dan terus menumbuk muka saya sehingga terjatuh sebelum dipijak,” kata mangsa.

Mujur orang awam yang berada di kawasan kejadian datang membantu mangsa dan apabila orang semakin ramai, lelaki tersebut segera melarikan diri.

“Dia beritahu saya, dia orang besar di kawasan ini,” kata mangsa lagi.

Ekoran kejadian itu, mangsa cedera di bahagia kelopak mata dan cedera di bahagian dalaman perut. Mangsa telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, anak mangsa telah memuat naik gambar kereta dan lelaki berkenaan serta meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya tampil membantu.

Sumber : Aien Naz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...