Written by AbangNara | December 17th, 2018

Pejam celik pejam celik, kita sudah pun hampir ke bulan terakhir 2018. Bulan Disember ini adalah masa terbaik untuk kita menghabiskan saki-baki cuti tahunan dengan melakukan aktiviti bersama anak-anak kerana ia adalah musim cuti sekolah!!!

1

Sekiranya anda ‘blur’ tak tahu nak bawa anak-anak pergi bercuti ke mana, Abang Nara ada cadangan tempat-tempat terbaik yang cukup menyeronokkan terutamanya apabila anda bercuti dengan ahli keluarga .LEGOLAND Malaysia menjanjikan percutian penuh kegembiraan dan keseronokan dengan pelbagai aktiviti telah tersedia untuk diterokai dengan tema “Winter Wonderland” yang berlangsung dari 1 Disember sehingga 31 Disember kelak.

2

First thing first benda yang paling best di LEGOLAND Malaysia ialah anak-anak boleh bermain salji sepuas hati mereka. Tak payah nak pergi overseas pun. Akan ada orang-orang ‘elf’ yang turut sama akan memeriahkan lagi aktiviti bermain salji ini. Memang sesuai sangat untuk anak-anak yang suka buat aktiviti luar. Confirm diorang akan melompat keriangan dapat merasai sendiri keindahan dan keputihan gugusan salji.

*PS: Salji yang Abang Nara cakap tu bukanlah salji sebenar tetapi salji buatan tapi feel dia memang terbaik

3

Sekiranya anak-anak anda kreatif dalam mencipta dan mereka sesuatu, aktiviti Festive LEGO Building memang sangat sesuai untuk mereka. Anak-anak boleh duduk berjam-jam membuat ‘snowman’ dan juga hiasan untuk digantung di pokok Krismas sekitar LEGOLAND Malaysia sambil dibantu oleh orang-orang ‘elf’ dan juga Eskimos. Confirm semangat kerjasama dan kreativiti anak-anak anda akan bertambah berkali-kali ganda selepas menyertai aktiviti ini.

4

Untuk anak-anak perempuan yang suka menari, aktiviti “Jingle Bell Ball” disediakan khas untuk mereka. Selain daripada orang-orang ‘elf’, penampilan khas daripada karekter seperti Rudolf, Ollie The Dragon dan LEGO Toy Soldier akan memeriahkan lagi majlis tari-menari tersebut. Jangan lupa untuk tangkap gambar wajah-wajah gembira anak-anak anda ketika ini.

Kepada mereka yang berminat untuk menonton pertunjukkan bunga api, anda memang wajib hadir untuk LEGO 3D Fireworks pada 29 Disember ini pada jam 7:45 petang. Yang paling penting skali, pertunjukkan 3D ini siap ada muzik atau lagu bertema, jadi memang puas hati. Untuk memastikan anda mendapat pengalaman yang lagi puas hati, pastikan anda pakai LEGO 3D glasses yang akan disediakan kepada pengunjung yang hadir.

5

Pastikan juga anda sekeluarga tidak terlepas peluang menyertai LEGO® Advent Calendar Draw di mana setiap hari pada bulan Disember, seorang pengunjung bertuah akan berpeluang membawa pulang hadiah-hadiah awesome bernilai sehingga RM100,000. Antaranya ialah voucher percutian untuk seisi keluarga ke LEGOLAND Billund, Denmark untuk 4 orang, voucher petrol dan juga set LEGO yang fantastik termasuk LEGO Star Wars & NINJAGO  Mana tahu ada rezeki anak-anak anda. Belum cuba belum tahu kan? Pemenang akan diumumkan pada 25 Disember 2018, jadi tunggu apa lagi?

6

Last but not least, pastikan anda sekeluarga bergambar dengan Santa Claus LEGO sebelum mengakhiri percutian anda di LEGOLAND Malaysia ini. Boleh la anak-anak bercerita kepada sepupu-sepupu mereka betapa bestnya percutian mereka kali ini. Selain itu, jangan lupa bergambar secukup-cukupnya berlatarbelangkan hiasan LEGOLAND Malaysia sebagai tanda kenang-kenangan.

7

Abang Nara berani jamin anak-anak anda pasti akan gembira sangat-sangat sekiranya dapat bercuti ke LEGOLAND Malaysia kali ini. Banyak aktiviti-aktiviti best yang boleh mereka lakukan untuk menghabiskan masa. Silap-silap ada yang duduk situ sampai seminggu kan? Hehehe. Jadi tunggu apa lagi? Dapatkan tiket ke LEGOLAND Malaysia hari ini juga. Selamat bercuti!!!

8



TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 responses to Nak Gembirakan Anak-Anak Musim Cuti Sekolah Ini? Bawa Je Mereka Pergi Ke Sini

  1. Pelik says:

    DAH BULAN 12 PON NARA OIIIIII

    0

    0

Leave a Comment

Optional