Sering kali kita melihat atau mendengar luahan para wanita mengenai tanggungjawab bergelar isteri dan ibu yang dirasakan terbeban kerana masalah ekonomi dan juga sikap suami yang culas memberi nafkah dan sebagainya.
Tambahan pula apabila isteri itu bekerja dan mempunyai gaji yang lebih tinggi berbanding si suami.
Seperti satu perkongsian ini, seorang wanita tampil meluahkan perasaan kecewa dan penat kerana hampir keseluruhan pembayaran isi rumah ditanggung olehnya.
Apa nak buat ye?
Mungkin pasangan ni kne pergi kaunseling untuk refresh semula tentang bab nafkah. pic.twitter.com/O48r44Myi3
— TwtWedding (@twtmalaywedding) September 29, 2022
Kata wanita itu, dia memperoleh gaji RM4,000 manakala suaminya pula RM3,000 sebulan.
Apa yang akak bayar adalah rumah (RM1,600 nama akak), kereta (RM600 nama suami), pengasuh (RM400), susu anak (RM200), pampers (RM200) dan duit saku anak (RM200).
Dan apa yang dibayar oleh suaminya hanyalah duit makan mereka anak beranak.
Ujarnya lagi, mereka pernah berbincang namun suaminya diibarat lepas tangan dan tiada perubahan berlaku mengenai hal rumah tangga mereka.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil memberikan komen yang pelbagai dan rata-ratanya terkesima dengan sikap culas suami pengadu.
Tak kisah suami gaji rendah, tapi tak bermaksud kita setuju tanggung biawak hidup.
Ada juga yang menasihatkan mereka yang ingin bernikah agar berbincang mengenai hal-hal kewangan sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.