“Nak Free Je” – Cuba Nasib Nak Tumpang Kereta Secara Percuma, Geng ‘Backpacker’ Mat Saleh Ini Diperli Netizen

Kehidupan

“Nak Free Je” – Cuba Nasib Nak Tumpang Kereta Secara Percuma, Geng ‘Backpacker’ Mat Saleh Ini Diperli Netizen

Bagi negara Barat, budaya hitch hike adalah sesuatu yang biasa dan tidak hairanlah mengapa mereka akan melakukan perkara itu apabila melancong ke negara lain.

Bagaimanapun, bagi kita ia bukanlah budaya yang diamalkan kerana kita selalu diingatkan untuk berhati-hati dan berwaspada terutamanya dengan orang tidak dikenali.

Advertisement

 

Pegang kadbod tulis nama lokasi

Tindakan dua pelancong backpacker dari luar negara mencuba nasib untuk menumpang kereta orang awam mengundang kritikan netizen.

Rakaman itu tular di TikTok dan ia memaparkan backpacker terbabit berdiri di tepi jalan tempat kereta lalu lalang memegang kadbod kecil dengan tertera nama tempat yang mereka mahu pergi iaitu Gerik.

Difahamkan, jarak di antara Gerik dan tempat mereka berada itu adalah sejauh 55 kilometer.

 

“Nak free je” – Netizen

Tindakan mereka yang gigih menanti bantuan pemandu yang lalu lalang untuk berhenti dan menumpangkan mereka telah mendapat sindiran netizen.

Ada yang mengkritik tindakan mereka dan menganggap dua sekawan itu mengambil kesempatan di atas sikap baik hati rakyat Malaysia.

Berdasarkan video lain, mereka dilihat memang menggunakan cara itu untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain, dengan menumpang orang awam.

Nampaknya, rancangan mereka untuk ke setiap lokasi dituju secara percuma berjalan dengan lancar kerana menerusi hantaran di TikTok dua sekawan tersebut dilihat sudah menjelajah ke banyak tempat di Malaysia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kes bunuh grand hyatt bangkok
5 months ago

Enam Pelancong Maut Dalam Suite Hotel Di Bangkok: Apa Sebenarnya Jadi? - “Polis Jumpa ‘Cyanide’ Dalam Minuman”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...