Nak ‘Enjoy’ Dulu Status Suami, Harith Zazman Penyanyi Lagu ‘Cute’ Belum Fikir Soal Anak

Hiburan

Nak ‘Enjoy’ Dulu Status Suami, Harith Zazman Penyanyi Lagu ‘Cute’ Belum Fikir Soal Anak

Penyanyi lagu popular Cute, Harith Zazman dilaporkan telah menamatkan zaman bujangnya pada petang kelmarin.

Harith Zazman
4 years ago

Penyanyi Lagu 'Cute', Harith Zazman Selamat Bertunang Dengan Kekasih Hati

Advertisement

Hanya dengan sekali lafaz, Harith kini bergelar suami kepada wanita pilihan yang juga model video muzik lagunya, Nuramalina Ghakaskhah.

Harith atau nama sebenarnya Mohamad Harith Saifulazman telah diijab kabul di Pejabat Agama Hulu Langat sekitar jam 4 petang dengan SOP ketat.

Berita gembira tersebut turut dikongsikan penyanyi itu di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Dalam pada itu, Harith turut berkongsi mengenai perancangan masa depan terutamanya soal anak setelah bergelar suami orang tambahan negara masih lagi dilanda wabak pandemik COVID-19.

Soal anak, kami memang tiada apa-apa perancangan. Kalau ada rezeki, Alhamdullilah tapi kami tidak terlalu rushing untuk dapatkan anak. Lagipun, waktu sekarang ini tak berapa sesuai untuk dikurniakan cahaya mata..tunggu negara dalam keadaan stabil. Sekarang ini, saya nak enjoy dahulu dengan status sebagai suami dan tanggungjawab baharu bersama isteri.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tampil mengucapkan tahniah di atas berita perkahwinan itu dan mendoakan agar kedua mempelai bahagia hingga ke syurga.

Terdahulu, Harith dan Nuramalina telah mengikat tali pertunangan pada 13 Mac lalu setelah hampir setahun berkenalan di Instagram.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...