Nak Elak Tarif Tinggi, Malaysia Jadi ‘Senjata Rahsia’ China Untuk Menang ‘Lawan’ Amerika?

Gaya Hidup

Nak Elak Tarif Tinggi, Malaysia Jadi ‘Senjata Rahsia’ China Untuk Menang ‘Lawan’ Amerika?

Siapa sangka, di sebalik drama besar perang dagang antara Amerika Syarikat dan China, ada satu kisah yang tak ramai tahu, dan Malaysia secara tak langsung jadi terlibat serta menjadi ‘watak’ yang penting dalam strategi China.

Segalanya bermula apabila Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, melancarkan langkah drastik dengan mengenakan tarif import sehingga 245% terhadap barangan dari China.

Advertisement

China ‘gunakan’ Malaysia demi lawan AS?

Katanya, ini semua untuk melindungi ekonomi Amerika, tetapi tindakan ini telah menimbulkan rasa panik di kalangan pengusaha-pengusaha di China dan ‘perah otak’ mencari cara untuk masuk ke pasaran Amerika tanpa membayar tarif yang tinggi.

Antara jalan pintas yang dilakukan oleh China adalah dengan menggunakan Malaysia, di mana kebanyakan perniaga mengubah barang asal daripada ‘Made in China’ kepada ‘Made in Malaysia’ dan selepas itu meneruskan perjalanan ke AS.

Melalui laporan SAN, Malaysia kini merupakan salah satu titik transit paling popular untuk strategi licik ini kerana dengan tarif yang dikenakan oleh Amerika kepada Malaysia sebanyak 24% atau hanya 10% dalam tempoh jeda 90 hari, ia akan menguntungkan China.

Rancak ahli perniagaan logistik promosi servis ‘pencucian di tempat asal’

Di platform Weibo serta Wechat, ramai ahli perniagaan logisitik rancak mempromosikan iklan dengan menawarkan servis yang dinamakan sebagai ‘pencucian di tempat asal’.

AS telah mengenakan tarif atas produk-produk China? Transit melalui Malaysia untuk ‘berubah’ menjadi barang-barang Asia Tenggara!

weibo dan wechat

Bagaimanapun, strategi yang semakin hari semakin menjadi-jadi di China ini telah menimbulkan rasa keresahan di kalangan pemain industri dan pihak berkuasa di Malaysia.

Ia kerana akan menjejaskan reputasi negara sebagai rakan dagang yang sah serta boleh dipercayai jika strategi ‘nakal’ daripada China ini berterusan.

peniaga china dakwa barangan made in malaysia
2 weeks ago

Mahu Elak Tarif Tinggi Dikenakan Trump, Peniaga China 'Claim' Barangan Mereka Jual Adalah 'Made In Malaysia'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : SAN

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...