Nak Elak Dari Bayar Hutang, Wanita Sanggup ‘Upload’ Gambar Diri Dah Dikafan

Dunia

Nak Elak Dari Bayar Hutang, Wanita Sanggup ‘Upload’ Gambar Diri Dah Dikafan

Pelik tapi benar, seorang wanita di negara jiran iaitu di Medan, Wilayah Sumatera Utara sanggup membuat satu perkara mengejutkan yang barangkali tidak pernah terlintas untuk seseorang melakukannya.

Wanita terbabit difahamkan memuat naik hantaran di laman Facebook miliki anaknya memberitahu bahawa dia sudah pun meninggal dunia.

Advertisement

Bukan sekadar memberitahu, malah wanita yang dikenali sebagai Liza Dewi Pramita itu turut memuat naik foto ‘jenazah’ diri sendiri yang sudah lengkap di balut dengan kain kafan.

Hantaran yang dilakukan itu turut mendakwa wanita tersebut meninggal dunia akibat kemalangan di sebuah jambatan dan jenazahnya akan dikebumikan di Aceh.

Pemiutang berkata sudah banyak kali meminta Liza untuk membayar semula duit yang sudah dipinjamkan dan berjanji akan membayar semula sebelum 20 November lalu, namun gagal dilangsaikan.

Selepas itu, wanita tersebut meminta agar diberi masa sehingga 6 Disember lalu, tetapi tiba-tiba mendapat khabar melalui Facebook bahawa dirinya sudah ‘meninggal dunia’.

Akan tetapi, berita tersebut dinafikan oleh anak Liza dan dia memberitahu ibunya masih hidup dan bertindak sedemikian kerana mahu ‘lari’ dari membayar hutang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Safiey Ilias
1 year ago

(VIDEO) "Baru Segar Bugar!" - Safiey Ilias Tukar Nama, Mahu Dikenali Sebagai Nurwanita Betyna

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...