Seorang wanita dipercayai sanggup mereka cerita disamun berhampiran Taman Pandan Damai semalam semata-mata untuk mengelak daripada membayar hutang dan sewa rumah.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu, siasatan awal mendapati wanita berusia 57 tahun itu dipercayai telah membuat laporan palsu kepada pihak berkuasa.
Difahamkan, wanita berkenaan hadir ke Balai Polis Jaya Gading sekitar pukul 9.40 pagi semalam dan membuat laporan kononnya dia menjadi mangsa samun oleh seorang lelaki dan seorang wanita bersenjatakan pemutar skru yang menaiki kereta hitam.
Dalam laporan tersebut dia mendakwa wang tunai RM1,500 dan barang kemas miliknya dilarikan suspek berhampiran padang Taman Pandan Damai.
Namun, hasil siasatan polis mendapati tiada kejadian samun berlaku seperti didakwa. Siasatan lanjut juga mengesahkan wanita itu membuat laporan palsu demi kepentingan peribadi dan berada dalam keadaan waras ketika berbuat demikian.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.