Tular sejak beberapa hari lalu selepas penyanyi terkenal antarabangsa, Justin Bieber menjelaskan tentang penyakit yang sedang dihidapinya sekarang.
Menurut suami model Hailey Baldwin itu, dia telah diserang sindrom ‘Ramsay Hunt’ yang menyebabkan sebelah bahagian mukanya lumpuh.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai terutamanya peminat Justin yang kini memikirkan tentang konsert Justice World Tour penyanyi itu yang bakal berlangsung.
Apatah lagi, penyanyi itu telah memaklumkan konsert jelajahnya yang kini berada di kawasan Amerika Utara terpaksa dibatalkan di Toronto, Washington DC dan New York.
Peminatnya di Malaysia juga turut risau dan memikirkan tentang konsert Justin yang dijadualkan bakal berlangsung pada Oktober ini.
Ramai yang membuat spekulasi dan tanggapan bahawa konsert pelantun lagu ‘Love Yourself’ itu mungkin akan membatalkan konsert di Malaysia.
Menerusi komen di Facebook, Iqbal Zulkefli berseloroh dan berkata dia boleh menggantikan Justin Bieber untuk menyanyi.
Tak apa, saya ada boleg ganti. Nak dengar lagu apa?”
Terdahulu, seorang doktor perubatan bernama Dr. Yazeed Hair Johari berkata penyakit dialami penyanyi tersebut mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk pulih seperti sedia kala.