March 5th, 2020

Semua wanita pastinya mahukan kulit wajah yang ‘flawless’ dan bebas daripada sebarang masalah kulit. Bukan senang untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit wajah lagi-lagi kalau anda tidak tahu masalah dan keadaan sebenar kulit anda. Sebelum apa-apa, penting untuk anda kenalpasti dulu jenis kulit wajah sebelum memilih produk yang sesuai.

Mencuci muka adalah asas yang paling penting sekali dalam aspek penjagaan kulit wajah. Tapi tahukah anda, terlalu kerap mencuci wajah juga boleh merosakkan kulit? Bukan itu saja, ada banyak lagi kesalahan yang sering dilakukan ketika mencuci muka yang kita tidak sedar. Nak tahu apa lagi kesalahan lain?

Cuci muka dengan tangan kotor

cetaphil gentle skin cleanser

Sebelum mencuci muka, penting untuk anda mencuci tangan terlebih dahulu untuk pastikan tangan berada dalam keadaan yang bersih. Ramai yang selalu memandang ringan tentang hal ini tapi ianya sangat penting untuk elakkan masalah lain pada kulit muka anda. Tangan yang kotor berkemungkinan memberikan jerawat pada muka kerana kuman yang ada pada tangan.

Dalam kehidupan seharian, kita pastinya tak sedar sudah berapa banyak permukaan yang disentuh oleh tangan kita. Yang mana tangan berpotensi besar untuk memindahkan kuman-kuman pada bahagian badan yang lain. Jadi, sebelum menyentuh muka anda, pastikan tangan sudah bersih dari sebarang kekotoran!

Menggunakan air pada suhu yang salah

cetaphil gentle skin cleanser

Kalau anda nak tahu, suhu air juga memainkan peranan yang sangat penting dalam mencuci wajah. Mungkin anda pernah mendengar tips mencuci wajah dengan berkesan menggunakan air panas? Tapi tahukah anda, ia sebenarnya boleh memudaratkan kulit wajah anda!

Suhu air yang terlalu panas boleh menyebabkan kerosakan pada tisu kulit muka lagi-lagi untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. Kesannya, kulit akan menjadi lebih kering dan menyebabkan rasa gatal pada muka kerana minyak semulajadi yang telah hilang. Seeloknya, gunakan air suam sahaja untuk mencuci muka.

Cuci muka terlalu kerap

cetaphil gentle skin cleanser

Dalam sehari, biasanya berapa kali anda akan mencuci wajah? Secara idealnya, seseorang perlu mencuci muka sebanyak dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam sebelum tidur. Tetapi apakah yang akan terjadi kalau anda mencuci muka lebih daripada yang sepatutnya?

Terlalu kerap mencuci muka akan menyebabkan kulit muka menjadi terlalu kering dan menghilangkan minyak semulajadi pada wajah. Mungkin anda rasakan kulit akan menjadi lebih bersih jika kerap dicuci tapi sebenarnya tidak! Bukan saja kulit menjadi kering malah akan memberikan kesan iritasi pada wajah.

Tidak sediakan tuala khas

cetaphil gentle skin cleanser

Menggunakan tuala badan untuk mengelap muka bukanlah sesuatu yang disarankan selepas mencuci muka. Tuala badan mempunyai bakteria dan tidak sesuai digunakan pada bahagian muka. Penyebaran bakteria akan menyebabkan jerawat timbul pada muka dan merosakkan kondisi kulit muka. Sebaiknya, sediakan tuala khas untuk mengelap muka bagi menjaga kebersihan kulit muka anda.

Salah pilih produk cuci muka

Sememangnya, bukan mudah untuk pilih produk yang sesuai untuk kulit wajah. Tapi sebenarnya, penting untuk anda tahu terlebih dahulu tentang kondisi kulit sebenar anda. Ada yang mempunyai kulit normal, berminyak, kombinasi, sensitif dan sebagainya. Selepas itu, barulah anda boleh tentukan produk apa yang sesuai untuk kulit muka anda.

Seeloknya, gunakan pencuci muka yang bebas sabun dan wangian untuk mengekalkan keseimbangan pH kulit wajah. Dalam masa yang sama, masih lagi membersihkan dan melembapkan kulit tanpa sebarang masalah. Tak payah susah-susah nak cari, gunakan saja Cetaphil Gentle Skin Cleanser!

Pencuci muka Cetaphil

cetaphil gentle skin cleanser

Cetaphil Gentle Skin Cleanser merupakan pencuci muka yang bebas sabun dan wangian yang dipercayai oleh pakar dermatologi. Bukan itu saja, ianya juga sesuai digunakan oleh semua jenis kulit! Tak perlu lah anda susah-susah mencari pencuci muka mengikut jenis kulit anda lagi selepas ini. Pencuci muka bebas sabun ini tidak akan sesekali menjadikan kulit muka anda terlebih kering setiap kali anda mencuci muka. Maksudnya, ia tidak akan menyebabkan kulit anda terasa tegang selepas mencuci!

Cetaphil adalah jenama yang dipercayai oleh pakar kulit serata dunia yang diformulasikan untuk membersihkan kulit wajah dengan lembut sekaligus memastikan kulit anda sentiasa sihat. Data juga menunjukkan 97% wanita pasti akan bertukar kepada Cetaphil selepas mencubanya buat pertama kali!

Kalau anda nak tahu, pelakon terkenal Lisa Surihani juga menggunakan Cetaphil sejak mengandungkan anak keduanya sehinggalah kini. Oleh kerana perubahan hormon semasa mengandung, kulitnya menjadi sangat berminyak dan bermula daripada situlah, dia mencuba Cetaphil Gentle Skin Cleanser.

Walaupun kulitnya kini sudah kembali seperti biasa tapi Lisa masih lagi menggunakan Cetaphil kerana ianya sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Tidak kira lah bagaimana kulit wajah anda berubah pada setiap masa, Cetaphil sesuai digunakan untuk semua jenis keadaan kulit.

Untuk anda yang nak dapatkan kulit lembut dan sihat dengan Cetaphil, boleh dapatkannya di farmasi berhampiran anda atau secara online di Lazada, Watsons atau Shopee. Jangan lupa dapatkan maklumat lanjut tentang Cetaphil Gentle Skin Cleanser di laman rasmi https://www.cetaphil.com.my/ms

Selamat mencuba!




Comments are closed.

Loading...