“Nak Dapatkan Bukti” – ‘Viral’ Foto Peribadi Tangmo Nida, Rupanya Ibu Mendiang Yang Jadi Dalang?

Hiburan

“Nak Dapatkan Bukti” – ‘Viral’ Foto Peribadi Tangmo Nida, Rupanya Ibu Mendiang Yang Jadi Dalang?

Kes kematian aktres terkenal Thailand, Tangmo Nida sehingga kini masih lagi diperkatakan peminat bukan sahaja di negara itu, malah di Malaysia.

Baru-baru, kisah tragis itu kembali gempar setelah akaun media sosial mendiang dilihat kembali aktif sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi di dalam kalangan warga maya.

Advertisement

Berikutan itu, nama ibu kepada mendiang iaitu Panida Siriyudthayothin menjadi bahan bualan netizen di sana kerana ramai yang mengaitkan wanita itu dengan kes kematian Tangmo sebelum ini.

Dan akhirnya, Panida akhirnya mengaku dia sebenarnya yang menghantar telefon bimbit milik mendiang kepada seorang individu yang dikenali sebagai Bang Jack yang menetap di Amerika Syarikat.

Jelas Panida, tujuan dia menghantar telefon bimbit tersebut adalah ingin mendapatkan jawapan sama ada Tangmo dibunuh ataupun kematiannya adalah disebabkan oleh kemalangan.

Hal itu disahkan oleh ibu Tangmo dan telefon itu kini berada di tangan Bang Jack. Panida menghantarnya ke AS menerusi pos dan semua itu dilakukan tanpa bantuan sesiapa.

Panida mempercayai Bang Jack yang mengatakan telefon bimbit itu mempunyai bahan bukti yang merujuk kepada kes pembunuhan.

Ibu Tangmo sebelum itu ada menghubungi Apple Thailand bagi mendapatkan semula koleksi foto yang ada namun gagal. Setelah itu, Bang Jack telah berjaya meyakinkan Pandia yang dia boleh mendapatkan bukti menunjukkan kes itu adalh pembunuhan.

@najiyahrazak_so1

Anybody else speechless? ? Just imagine, a stranger invade her privacy and able to access all her data and more than 1 million images? Omg ? #tangmonida #????????? #tangmo #????? #justicefortangmo #justicefortangmonida #???????????????????????????

? ???????????? – _F_ – _F_

Setelah dibongkar, telefon bimbit Tangmo mempunyai lebih 1 juta gambar namun tiada bukti didapati bagi menyatakan kematian mendiang adalah disebabkan pembunuhan.

Namun begitu, gambar-gambar peribadi yang tersebar menyebabkan Panida mengambil keputusan untuk memfailkan saman terhadap Bang Jack.

Dia juga dikhabarkan akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat.

Terdahulu, siasatan akhir mendapati kematian Tangmo Nida adalah disebabkan pemanduan bot secara melulu oleh rakannya, dan bukan dibunuh seperti dakwaan orang ramai.

2 years ago

"I'm On My Way Home Soon" - Netizen Terkejut Tiba-Tiba 'Live' Di Facebook, Buat Spekulasi Tangmo Masih Hidup

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...