Alat memasak yang kita guna berkali-kali dan telah lama. Tetapi, ianya masih elok lagi untuk digunakan, walaupun mempunyai karat, serta kesan kerak yang melekat pada permukaan kuali dan periuk.
Bila dah macam ini, mestilah nak disental dengan kuat, lagi-lagi kalau dah terlalu lama, dan kerak tersebut mula menebal.
Lebih-lebih lagi bila dah nak dekat raya, nak semuanya nampak baru. Walaupun tak dapat beli yang baru, tapi kalau dah berkilat, pastinya memuaskan hati dan berkobar-kobar nak memasak juadah hari raya!
Admin nak kongsikan dengan korang cara bagaimana boleh hilangkan karat dan kerak dengan mudah..
1. Asam limau
Sediakan air rendaman, yang ada perahan limau, dan buahnya sekali, jangan lupa campurkan dengan sabun pencuci sekali, untuk lebih berkesan.
Lepas tu, rendan seketika periuk belanga yang berkerak tu, kemudian, bolah la perlahan-lahan sental, dengan pencuci dawai halus tu, sentalkan juga dengan limau tadi.
2. Kentang
Potong separuh kentang tersebut, lepas tu, taburkan ‘baking soda’ (kalau tak ada, guna sabun cuci atau pun garam juga boleh).
Sental perlahan-lahan, sampai hilang karat atau kerak tersebut.
3. Cuka
Campurkan cuka, jus lemon, dan ‘baking soda’ dalam air, kemudian rendamkan dalam semalaman kuali atau periuk. Kemudian, boleh mula gosok kawasan yang terkena perlahan-lahan, kerana kesan lekatan kerak dah tidak kuat.
4. Asam keping
Ambil dalam segenggam asam keping tersebut, campurkan air sedikit, dan biar ia mendidih di dalam kuali atau periuk yang ada kesan karat. Selepas itu, bila sudah sejuk, anda boleh mula menyental menggunakan asam keping tadi.
5. Soda bikarbonat
Cara ini memerlukan anda untuk memanaskan air gunakan kuali atau periuk, kemudian masukkan soda bikarbonat tersebut. Biarkan seketika untuk menyejuk, selepas itu anda boleh mula mencuci.
6. Aluminium foil
Anda boleh letakkan sedikit sabun pencuci pada bahagian yang terjejas, selepas itu, boleh mula menggosok dengan menggunakan ‘aluminium foil’ tersebut. Gosok secara kedepan dan kebelakang secara berterusan.
Kebanyakan barang yang digunakan untuk kerja-kerja ini, sudah ada dekat rumah.
Lepas ini bolehlah mula menyental periuk belanga yang ada, ajak sekali anak-anak, untuk isi masa terluang yang ada. Raya nanti, barulah boleh bergaya dengan barang dapur yang seakan baru ini.
Sumber : Dania Ellyka