Beberapa hari ini kecoh mengenai kontroversi yang melanda pelakon baru, Alya Iman yang hangat diperkatakan dan menjadi tular di media sosial.
Justeru, lain pula bagi aktres berbakat, Nabila Huda atau lebih mesra disapa sebagai Abil yang nampaknya ‘rimas’ apabila nama pelakon itu sering saja naik di susur masa laman sosialnya.
Perkara tersebut telah menimbulkan tanda tanya buat Abil yang pada mulanya tidak tahu menahu mengenai kewujudan artis baru tersebut. Malah, tujuan dia mengintai laman sosial untuk melihat video-video kelakar terbantut apabila muncul terlalu banyak cerita berkenaan pelakon itu.
Alya Iman ni sape?kat timeline Instagram banyak gila. Dia buat abil terus letak je phone Malas Nak tengok story sebab tak tau Siapa..Orang buka story Nak tengok video Kelakar,Tapi Alya alya alya..who is Alya????!! Dia Kenapa? Apa cerita?can anyone explain????????
— Nabila Huda (@abilsuhaimi) July 26, 2020
Abil yang meluahkan perasaannya itu menerusi ciapan di laman sosial twitter dan ternyata telah mendapat perhatian netizen yang kemudiannya membantu Abil dalam menjelaskan kontroversi yang berlaku sejak Jumaat lalu.
AdvertisementMengimbas kembali, kontroversi yang melibatkan anak kepada pelakon lagenda, arwah Azmil Mustapha itu bermula apabila seorang wanita mendedahkan bahawa dia telah dicurangi oleh suaminya yang mempunyai hubungan dengan pelakon telefilem Lelaki Kelas Sebelah itu sejak setahun lalu.
Dalam pada itu, Alya telah mengeluarkan kenyataan mengenai isu tersebut baru-baru ini. Dia mengakui bahawa dirinya terlalu muda dan naif untuk menilai sesuatu perkara. Alya juga turut meminta maaf kepada mereka di luar sana yang telah terjejas mengenai isu tersebut.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.2 Comments
Loading...
Anonymous
July 30, 2020 at 1:50 am
Sebab baru makan tu yang tak kenal nabila huda
Anonymous
July 28, 2020 at 8:34 am
Weyyyy nabila huda pon aku x knal
Buka ig nk tengok isu semase politik
Sibuk plak kluar kat timeline pasal nabila huda menggelabah tayang tetek la ape la, aku dalam hati duk terfikir sape pompuan ni, buruk sangat ke die sampai nk kne tunjuk tetek ke ape ke supaye org hargai. Muke die buruk ke? Pastu pasal die jual nasi lauk ikan x sedap dan mahal pastu 2 jam baru sampai. Ah lantak lah malas nk fikir siape die. Kalau die retis famous mesti aku knal. Kalau dah duk jual nasi lauk ikan tu kire retis sendu x de job la. Not my level la nk knal retis sendu ni. Pastu sibuk plak nk tanye sape alya iman. Lantak la sape alya iman. Bukan die minta org viral kan. Aku tulis ni pon sbb ko pertikai siape alya iman sedangkan siape kau pon aku pon x kenal.