“Nak Cari Isteri Korea Pulak Lepas Ni Bro..” – Perkongsian Engku Emran Di Instagram Cuit Hati Netizen

Hiburan

“Nak Cari Isteri Korea Pulak Lepas Ni Bro..” – Perkongsian Engku Emran Di Instagram Cuit Hati Netizen

Perkongsian bekas suami kepada Noor Nabila, Engku Emran di Instagram baru-baru ini ternyata telah berjaya mencuri perhatian netizen di media sosial.

Dalam hantaran tersebut, Engku Emran menulis panjang lebar mengenai pengalamannya terlibat dalam kerjaya penerbitan dan ‘broadcasting’ sejak 20 tahun yang lalu.

Advertisement

Tulis bapa kepada Engku Aleesya itu, dia telah berjumpa dengan pelbagai jenis orang sepanjang kerjayanya dan mempelajari banyak perkara selain memperoleh sesuatu untuk dijadikan panduan dalam kehidupan.

Namun, komen penyanyi dan pelakon Aliff Satar yang memuji Engku seperti aktor Korea itu seolah-olah memberitahu sesuatu.

Balas Engku Emran, dia mungkin akan mencari isteri berasal dari Korea pula selepas ini.

engku emranSumber : Instagram  

Terdahulu, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga bersama selebriti terkenal, Erra Fazira namun bercerai tidak lama kemudian. Hasil perkongsian hidup, mereka berdua dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Engku Aleesya.

Setelah itu, Engku kemudian menikahi selebriti Indonesia, Laudya Cythia Bella pada September 2017 dan bercerai pada Julai 2020.

Engku selepas itu bertemu jodoh dengan kakak kepada selebriti Neelofa, Noor Nabila pada Mac 2021 dan bercerai pada September lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Hafidz Roshdi Shuhada
1 year ago

"Nak Harap RM100 Sebulan Nafkah Anak Pun Culas" - Nurul Shuhada

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...