Nak Cantik Tanpa Guna Jalan Shortcut? Whita Glo Kan Ada?

Branded

Nak Cantik Tanpa Guna Jalan Shortcut? Whita Glo Kan Ada?

Lumrah wanita pasti gemar pada kecantikan. Paling utama, pada bahagian wajah. Sesetengah daripada mereka sanggup berhabis wang ringgit demi mendapatkan wajah yang cantik. Tak kurang juga yang mengambil langkah drastik untuk kelihatan cantik.

Salah satu daripadanya adalah menggunakan produk kecantikan yang tidak diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Hmm, tapi sekarang pemilihan produk yang mencerahkan kulit serta mampu milik dah banyak di pasaran. Salah satunya, Total Image Whita Glo!

Kalau anda nak tahu, Whita Glo merupakan salah satu produk di bawah jenama  Total Image yang telah mengeluarkan banyak produk yang sesuai untuk para lelaki dan wanita seperti produk kesihatan, kecantikan, penjagaan diri dan produk penurunan berat badan. Dari hujung rambut sampai hujung kaki semua ada!

Tak Perlu Try Hard Nak Kulit Cerah Berseri! Whita Glo Bantu Anda Nampak Glam Semula jadi 

Kredit Gambar: Total Image

 

Sekarang ni selalu terdengar pasal Glutathione ni dekat iklan TV, radio dan sosial media kan? Tapi, apa tu Glutathione? Haa, Glutathione adalah antioksidan yang terdapat secara semula jadi di dalam sel-sel tubuh. Ia terdiri daripada tiga asid amino iaitu Glutamik Asid, Cysteine dan Glycine. Malah, Glutathione menghalang pelbagai oksidan secara langsung dan melindungi sel-sel daripada radikal bebas berbahaya.

Jangan risau gais! Whita Glo mengandungi OPITAC™ L-Glutathione semula jadi dan berkualiti tinggi khas dari Jepun. Ditambah pula dengan manfaat bahan Crysteine yang berfungsi untuk meningkatkan ketahanan sistem tubuh badan bermula dengan satu botol Whita Glo sahaja. Wow!

Membantu Memudarkan Bintik Hitam Dan Kulit Kekal Awet Muda

Kredit Gambar: Total Image

Haa, ini pun antara masalah kulit  yang selalu merungsingkan orang Asia macam kita! Kalau anda nak tahu, antara punca utama bintik hitam pada wajah adalah disebabkan pendedahan yang berlebihan kepada cahaya matahari. Apabila ianya berlaku, kulit akan mengeluarkan melanin lebih banyak dari kadar biasa dan mengakibatkan wajah tua sebelum usia!

Tapi, anda sebenarnya dapat mengelakkan perkara ni daripada terjadi sekiranya anda mendapat perlindungan awal tau! Sebab itulah kami nak sangat anda cuba Whita Glo kerana dengan pengambilan satu hingga dua kapsul setiap hari selepas makan dan anda dapat lihat sendiri perubahan pada kulit wajah dalam masa satu bulan!

Sesuai Untuk Digunakan Pada Semua Jenis Kulit Dan Disahkan Oleh KKM

Kredit Gambar: Total Image

 

Buat anda yang takut nak cuba sebab kulit sensitif dan alergi pada bahan-bahan yang diproses, tak perlu bimbang kerana kapsul Whita Glo diperbuat daripada bahan tumbuhan dan tiada bahan daripada haiwan digunakan. So, sesiapa yang vegetarian tu, anda dah tak perlu risau nak kekalkan kecantikan setiap hari!

Paling bestWhita Glo telah didaftarkan dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Sehingga kini, Whita Glo telah dijual pada pasaran lebih dari 9 tahun. Malah, produk ini juga dijamin HALAL oleh JAKIM dan selamat diambil oleh umat Islam. Bagusnya!

Promosi Istimewa Buy 2 Free 1!

Kredit Gambar: Total Image

 

Psst.. psst.. Meh dekat sikit! Dari sekarang sehingga 31 May 2023, ada promo beli 2, percuma 1 untuk produk ini juga tau. Untuk 3 botol pek 30 tablet hanya RM256. Jimat RM128. Free postage lagi! Siapa tak nak kan? Macam ni, bukan anda sorang je boleh cantik, satu keluarga pun boleh tampil segak di musim perayaan ini.

Tunggu apa lagi! Promo ini berlangsung secara online di website Total Image serta kedai rasmi Total Image di Shopee Mall & Lazada Mall dan secara offline di Guardian, Watsons, Caring Pharmacy atau farmasi berhampiran. 

Untuk pembelian di farmasi anda perlu menebus 1 botol Whita Glo percuma melalui WhatsApp dengan mengikuti langkah mudah. Klik DI SINI. Manakala pembelian online, anda akan menerima 3 unit Whita Glo pada harga RM256 dengan penghantaran percuma ke alamat anda.

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini produk Total Image, jangan lupa ikuti mereka di Facebook, Instagram dan TikTok sekarang!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...