“Nak Cakap Pasal Diri Sendiri Pun Jarang, Ini Kan Pula Nak Cakap Pasal..” – Marissa Jawab Dakwaan Perli Kebahagiaan Suami & Madu

Trending

“Nak Cakap Pasal Diri Sendiri Pun Jarang, Ini Kan Pula Nak Cakap Pasal..” – Marissa Jawab Dakwaan Perli Kebahagiaan Suami & Madu

Sedia maklum, beberapa hari lalu, kecoh di platform media sosial mengenai dakwaan mengatakan anak Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim memerli kebahagiaan yang dipaparkan oleh suaminya, Aslam serta madu, Umisya Mazlan.

Kenyataan ‘kebahagiaan palsu’ tak tuju untuk Aslam & Umisya

Tampil mempertahankan diri, Marissa menegaskan kenyataan ‘kebahagiaan palsu’ itu sama sekali tidak ditujukan buat dua individu itu.

Advertisement

Kata Marissa di hantaran di Instagram Story, dia bukanlah seseorang yang suka membicarakan tentang orang lain, inikan pula di platform media sosial.

Saya ini, nak cakap pasal diri sendiri pun jarang, inikan pula nak bercakap tentang orang lain.

ig marissa dania

Dalam pada itu, pempengaruh terbabit turut dipercayai sudah menghubungi serta mengirim WhatsApp kepada Umisya bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Tak gemar selesaikan masalah di media sosial

Ya. WhatsApp tidak pernah disekat ya. Instagram dan TikTok (disekat) untuk menjaga emosi sendiri serta kehidupan masing-masing.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Marissa Dania Hakim (@marissadania_)

Katanya lagi, dia kurang gemar untuk menyelesaikan masalah secara terbuka kepada umum dan lebih memilih untuk menyelesaikannya secara privasi.

Apa sahaja isu dan terkait dengan siapa pun, semuanya secara privasi. Tapi, hanya saya yang selalu mencuba menyelesaikan masalah secara privasi. Saya okey dengan semua ini tapi jangan buat orang lain pula yang salah faham sampai membenci.

marissa dania perli umisya
2 days ago

"Jangan Tunjuk Sangat Senang Digula-Gulakan" - Marissa Perli Aslam & Umisya Hanya Berlakon Mesra?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...