Penyanyi, Shila Amzah hari ini mengejutkan orang ramai selepas memberi bayangan hubungan cintanya dengan pempengaruh media sosial, Ubaidillah sudah berakhir.
Tampil menjelaskan perkara tersebut, Ubai berkata setiap pasangan sudah pasti akan melalui detik pasang surut dalam hubungan.
Bukan itu sahaja, pempengaruh itu turut meminta orang ramai untuk mendoakan yang terbaik untuk hubungan mereka.
Biasalah.. setiap hubungan tu ada pasang surut. Tak kira kekasih ke keluarga atau sebagainya ada pasang surut.
Mungkin sekarang masanya adalah surut. Lepastu nanti mana tahu dah kembali okay? Doakan sahaja yang baik-baik.
Dalam pada itu, Ubai menafikan dakwaan netizen yang mengatakan perpisahan mereka hanyalah gimik untuk Shila mengeluarkan lagu terbaharu.
Nak buat lagu tu tak adalah sebab sepanjang saya dengan dia tak ada lagi dia tulis lagu.
Terdahulu, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila binti Amir Amzah mengucapkan terima kasih kepada Ubai untuk kenangan selama 5 bulan menjalinkan hubungan cinta.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, penyanyi berusia 32 tahun itu berkata dia tetap akan mengingati semua memori mereka berdua.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.