Nak Buat “DIY Sticker” Untuk Cermin Tingkap Dapur? Ini 6 Langkah Yang Anda Boleh Tiru.

Trending

Nak Buat “DIY Sticker” Untuk Cermin Tingkap Dapur? Ini 6 Langkah Yang Anda Boleh Tiru.

Setiap orang pasti inginkan “privacy” bila di rumah. Begitu juga bila memasak di dapur, pasti sapa memenuhi dapur, nak tak nak kena juga buka tingkap atau pintu.

Advertisement

Tapi bila dah buka, kadangkala orang luar lalu lalang boleh nampak kita sedang memasak di dapur, dan ia buatkan sedikit tidak selesa.

Jadi disebabkan itu, admin ingin kongsikan tips yang dikongsikan oleh Pn Suhana Mat Rasu  dalam menyelesaikan masalah ini.

Projek DIY Mirror sticker/wallpaper untuk cermin dapur

Projek arini nak tampal mirror sticker untuk cermin di bahagian dapur.

Bahan-bahan

1. Mirror sticker (wallpaper utk cermin) beli dr Mr Diy..1 roll saiz 90cmX2m.
Harga RM23.50..cukup segelung ni utk tingkap 2 panel

2. Air yang di campur sabun

3. Gunting dan pen marker

Cara-caranya

1. Keluarkan cermin dari framenya.cuci bersih so masa ni la akak excersice, mana tak pernah cuci tu boleh la bawak-bawak dicuci ye.

2. Letak cermin atas gulungan mirror sticker ambil marker pen dan lukis ikut bentuk cermin. Dijadikan sukatan untuk mudahkan masa proses nak dipotong nanti

– Potong miror sticker ikut panjang dan lebar yang telah ditanda

3. Basahkan cermin dengan air yang bercampur sabun sikit.. nak wangi ko tambah syampoo anak ko.

4. Buka kepingan plastik dari mirror sticker yang telah dipotong.. plastik lapik ni sangat nipis kena betul-betul tengok untuk kopek tu

5.Tampal pada cermin..ratakan elok-elok..Gunakan kain untuk tolak mirror sticker dari tengah ke tepi di samping hilangkan gelembung udara (air bubble)

Jika ada pasang mirror sticker ni pada SALAH SATU bahagian cermin sahaja.

6. Cermin yang telah siap dipasang mirror sticker letakkan kembali di tempat asal, di frame tingkap

Tu gambar bahagian dalam dan luar tingkap setelah dipasang mirror sticker.. mudah sahaja nak pasang.. kos murah dan tak makan masa yang lama pun.

Hehe cantik juga so tak ade la orang nampak nyata dari luar rumah sebab dah ditampal mirror sticker tu. Sekian projek untuk cantikkan rumah ko sempena raya haji bulan depan.

Kredit : Pn Suhana Mat Rasu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...