Sebelum ini, pelakon terkenal Mira Filzah didakwa tidak mengambil tahu tentang peperangan dan penindasan saudara Islam di Palestin membuatkan namannya tersenarai dalam gerakan Blockout 2024.
Bukan ‘baru’ post
Menurut pelakon ini, followers di Instagramnya pasti sudah tahu dirinya sering memuat naik posting mengenai Palestin serta menunjukkan sokongannya di media sosial sebelum ini.
Siapa yang datang semata-mata nak stalk sahaja rasa ‘dan dan’ nak kongsi. Siapa yang sudah lama follow akaun media sosial, mesti tahu apa yang saya selalu repost.
Sebelum 12 Mei, pada tarikh 7 hingga 10 Mei pun saya ada muat naik. Sejak Januari pun sudah muat naik, bukan ‘dan dan’.
Siapa yang datang semata mata nak stalk sahaja rasa “dan dan” repost. Siapa yang dah lama follow or memang follow, mesti tahu apa yg saya selalu repost. Meh saya tunjuk ya.
Sebelum 12hb Mei, (sebelum this trend block jadi viral) pada 10hb, 9hb, 8hb, 7hb pun saya ada repost. https://t.co/JN94eaCNJY pic.twitter.com/SUabNm7Rlj
— Mira Filzah (@MFMiraFilzah) May 13, 2024
Jangan keluar kata kesat
Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Sweet Dreams ini turut menasihati netizen untuk tidak mengeluarkan kata-kata yang tidak baik berkaitan dengan isu yang sedang berlaku ini.
Saya bercakap ini untuk semua. Buat apa awak nak buat, nak block boleh block, tapi tak payah sampai keluarkan kata-kata yang tidak baik.
Ini blockout bukan makiout. Ingat, penulisan kita pun ada dosa dan pahala.
View this post on Instagram
Terdahulu, Mira Filzah telah diboikot oleh orang ramai kerana menjadi duta bagi produk pewangi. Sekadar info, Blockout 2024 ini merupakan gerakan bagi memboikot selebriti dunia yang diketahui bekerjasama dengan jenama atau produk dikaitkan dengan Zionis.