“Nak Besarkan Hamzah Dulu” – Ada Yang Cuba ‘Try’, Hidayah Abam Bocey Masih Belum Terbuka Hati Untuk Bersuami Baru

Hiburan

“Nak Besarkan Hamzah Dulu” – Ada Yang Cuba ‘Try’, Hidayah Abam Bocey Masih Belum Terbuka Hati Untuk Bersuami Baru

Balu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah memaklumkan hatinya belum terbuka untuk menerima orang baru dalam hidupnya sebagai suami.

Ujar Hidayah, ada yang mencuba untuk mendekati namun fokusnya kini hanyalah untuk membesarkan anak dan juga menguruskan perniagaan yang diusahakannya kini.

Advertisement

Sekarang ini Dayah memang sibuk sikit dengan dua perniagaan, kedai makan dan produk kecantikan dan Alhamdulillah anak pun semakin membesar dah empat tahun sekarang ni, keluarga banyak membantu saya.

Sebenarnya kalau ada jodoh ke arah itu Dayah terima saja tetapi sekarang ini Dayah nak besarkan Hamzah (anak), jadi buat masa ini belum terbuka hati lagi untuk terima orang baru.

Sekadar info, Allahyarham Abam dan Nor Hidayah mendirikan rumah tangga pada 8 Disember 2017 yang lalu. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia 4 tahun.

Abam yang juga ahli kumpulan lawak Bocey meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas di usia 32 tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

isteri arwah abam bocey
1 year ago

"Kepada Adik Ipar, Saya Doakan Perniagaan Semakin Berjaya" - Hidayah 'Remind' Ali Puteh Langsaikan Hutang, Enggan Kes Berlarutan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...