“Nak Bersama Pun Jadi Malas” – Berat Badan Isteri Tak Turun Lepas Bersalin, Suami Luah Rasa Kecewa

Kehidupan

“Nak Bersama Pun Jadi Malas” – Berat Badan Isteri Tak Turun Lepas Bersalin, Suami Luah Rasa Kecewa

Berat badan wanita naik selepas bergelar seorang ibu itu merupakan perkara normal kerana sewaktu bayi dalam kandungan, selalunya selera makan akan bertambah.

Untuk menurunkan berat badan semula selepas bersalin bukanlah satu perkara yang mudah, malas si suami perlu memberi sokongan kepada isteri untuk tidak berputus asa ataupun tidak terlalu memaksa isteri kuruskan diri.

Advertisement

Bagaimanapun, lain pula luahan seorang suami di Twitter ini apabila dia berasa stress melihat isterinya tidak menurunkan berat badan setelah bersalin, bahkan makanan juga tidak terjaga.

Lelaki terbabit turut berkata masih sayang terhadap isteri, namun tidak seperti awal perkahwinan dan turut berasa malas apabila hendak bersama.

Dalam pada itu, lelaki itu meminta pendapat ramai bagaimana untuk menasihati isteri agar menurunkan berat badan kerana kecewa melihat si isteri tidak pegang pada niatnya untuk diet.

Meninjau di ruangan komen tweet terbabit, netizen kebanyakkannya meluahkan rasa tidak puas hati terhadap luahan lelaki terbabit seakan-akan terlalu pentingkan rupa fizikal.

Dalam pada masa yang sama, netizen turut merasakan lelaki terbabit sama sekali tidak memahami situasi isteri yang mempunyai banyak perkara perlu dijaga dalam satu masa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Puteri Sarah, Ira Kazar, Kazar
2 years ago

2 Orang Anak Dah Cerai, Individu Dedah Kazar Memang Ambil Ringan Isu Rumah Tangga?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...