“Nak Berlakon Husband & Wife Jangan Over” – Tular Semula Video ‘Interview’, Netizen Selar Sophia AlBarakbah Cakap Tak Serupa Bikin

Hiburan

“Nak Berlakon Husband & Wife Jangan Over” – Tular Semula Video ‘Interview’, Netizen Selar Sophia AlBarakbah Cakap Tak Serupa Bikin

Sejak beberapa hari yang lalu, nama pelakon wanita Sophia AlBarakbah menjadi bualan ramai setelah di katakan menganggu rumah tangga pasangan selebriti, Bella Astillah dan Aliff Aziz.

Terbaharu, tular semula video temubual pelakon terbabit menjawab soalan wartawan bahawa dia tahu batas apabila membawa watak sebagai pasangan suami isteri.

Advertisement

Melalui video berkenaan dia turut berkata untuk tidak melebih-lebih bila berlakon babak suami isteri dan hanya sekadar nampak real di mata penonton saja.

Bagaimanapun, meninjau di ruangan komen video terbabit, rata-rata netizen mengatakan Sophia tidak tahu untuk menjawab soalan wartawan dengan profesional kerana gagap semasa memberi jawapan.

Malah, ada yang menyelar pelakon baru tersebut bahawa dirinya cakap tidak serupa bikin kerana kontroversi menjadi ‘penyondol’, baru-baru ini.

komen netizen

Sekadar info, semalam, Bella Astillah memuat naik bukti Sophia menghantar mesej kepadanya bahawa sudah terlanjur cinta terhadap Aliff Aziz kerana didakwa oleh netizen bahawa dirinya memfitnah pelakon baru tersebut.

Sophia Bella
1 year ago

"Jangan Bagitahu Parents I, I Merayu.." - Berang Dituduh Penipu, Bella Astillah Dedah Mesej WhatsApp Sophia AlBarakbah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...