Kebiasaannya jika ada sesiapa yang meninggal dunia, keluarga, kawan rapat mahu pun kenalan akan hadir untuk memberikan penghormatan terakhir.
Namun, cara sekumpulan mat motor dari Indonesia ini memberikan ‘the last goodbye’ kepada rakan mereka yang maut meraih perhatian ramai warganet.
Menerusi video berdurasi 1 minit itu, salah seorang ahli kumpulan mereka yang digelar ‘Raja Rem’ telah meninggal dunia dan keranda berisi jasadnya telah diletakkan di tepi lorong rumah.
Seluruh geng mat motor tersebut dirakam beratur bersama motor masing-masing dan berhenti di tepi keranda tersebut untuk memberikan penghormatan terakhir.
Bagaimanapun, cara mereka sememangnya lain daripada yang lain kerana masing-masing dilihat menangis sambil memegang keranda dan sebelah lagi tangan digunakan untuk ‘rem’ sekuat hati.
Hidup kerja Rem, mati pun kena Rem
Only in Negara Konoha ( Indonesia) pic.twitter.com/VwSZovb1Id
— Jalan-Jalan Cuti Santai (@JalanCutiSantai) June 27, 2023
Video itu yang dikongsikan oleh pemilik akaun Twitter telah mendapat perhatian dan pelbagai respon daripada netizen.
Ada yang menganggap tindakan mereka itu lucu, ada yang persoal mengapa perlu berbuat sedemikian manakala ada yang terkejut kerana tidak sangka dengan apa yang mereka tonton.
Bagaimanapun, penduduk lain dilihat hanya berdiri dan menonton kelakuan rakan mangsa seorang demi seorang memberikan penghormatan terakhir.