Pelakon Fathia Latiff sekali lagi menjadi tumpuan warga maya selepas penampilan bertudungnya telah menuai beberapa kritikan daripada netizen.
Difahamkan pelakon itu telah menghadiri satu pertunjukan fesyen dan dia kelihatan cantik mengenakan dress berwarna merah jambu dan berhijab hitam.
Namun, apa yang menjadi buah mulut segelintir netizen adalah tudung yang dipakai Fathia terlalu pendek dan menampakkan sebahagian warna kulit di dadanya.
Kata netizen prihatin, Fathia tidak sesuai memakai pakaian seperti itu kerana imejnya sebagai seorang wanita berhijab.
Dah kenapa dia ni, pakai tudung bawah tu nampak. Kalau nak berhijab, pakai la elok-elok. Kalau tak buka je terus.
Namun, ada juga yang mendakwa Fathia memakai inner berwarna kulit.
Terdahulu, Fathia menjadi tumpuan warga maya apabila bentuk mukanya yang dikatakan berlainan dan dia juga dituduh melakukan pembedahan kosmetik di bahagian wajah.