Semalam, Puteri Sarah Liyana berkongsi beberapa gambar bersama keluarganya dan ibu bapa mentua ketika mereka meraikan hari jadi anak keduanya, Sumayyah.
Menerusi hantaran di Instagram itu, ibu bapa Sarah serta ibu bapa mentua, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail turut sama memeriahkan sambutan yang diadakan di Restoran Haslam.
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen adalah kerana di dalam semua foto yang dikongsi, tiada kelibat suaminya, Syamsul Yusof di majlis tersebut.
Ketiadaannya mengundang pelbagai respon dan kritikan netizen kerana tergamak tidak datang untuk menyambut hari lahir anak kandung sendiri.
Manalah di Syamsul ni. Birthday anak pun kau tak tunjuk muka. Rugi betul jadi seorang ayah yang tak ada bersama tengok anak membesar.”
Rata-rata netizen menyelar kenyataan Syamsul sebelum ini yang bersungguh-sungguh berkata mahu berjumpa dengan Sarah dan cuba berdamai.
Kritik mereka, jika betul mahukan yang terbaik, Syamsul boleh saja datang ke majlis kecil-kecilan tersebut yang hanya dihadiri ahli keluarga.
Dalam pada itu, sesetengah netizen bersimpati dengan Sumayyah kerana terpaksa melalui perkara ini dan tidak dapat berjumpa dengan ayahnya ketika gembira menyambut hari lahir.