Nak Bercuti Dengan Si Kecil Di Musim Sejuk? Ikut 8 Tips Ini Sebagai Panduan..

Trending

Nak Bercuti Dengan Si Kecil Di Musim Sejuk? Ikut 8 Tips Ini Sebagai Panduan..

Memang seronok dapat bercuti di luar negara. Selain dapat menikmati ciptaan Tuhan, malah berpeluang untuk merasai sendiri musim yang berbeza.

Advertisement

Sudah pasti jika boleh nak bawa orang yang tersayang. Namun adakalanya jadi kerisauan adakah si kecil mampu tahan suhu sejuk di luar negara?

Ikuti tip yang dikongsikan oleh saudara Dzulhaidy Abdul Rahim ini, dan anda sudah boleh terbang ke musim sejuk. Jom tengok apa yang perlu dilakukan..

TIPS UNTUK BAWA BABY SEMASA WINTER

1. Hadkan Masa Di Luar

Hadkan masa diluar dalam cuaca sejuk, seelok-eloknya hanya bawa keluar semasa cuaca cerah, tidak berangin dan bukan semasa salji sedang turun. Ini adalah kerana suhu boleh turun dengan cepat dalam kondisi cuaca yang buruk dan tak menentu.

2. Biasakan Dengan Cuaca Sejuk

Seelok-eloknya adalah biasakan bayi/kanak2 dengan cuaca sejuk secara perlahan-lahan. Malaysia suhunya adalah 30 darjah celcius kalau tempat bersalji suhu mungkin bawah 0 darjah celcius. Badan orang dewasa pun boleh kena kejutan dan jatuh sakit inikan pula kanak-kanak.

3. Minum Air

Sentiasa pastikan bayi/kanak2 sentiasa di hidrasikan. Minum air masak/air mineral banyak walaupun macam tak dahaga tetapi suhu sejuk sebenarnya mengeringkan badan.

4. Sapu vaseline

Vaseline untuk bayi ada, beli dan sapu seluruh badan bayi agar dapat mengurangkan kehilangan air dalam badan oleh angin sejuk. Kalau kulit kita kering semasa musim sejuk terutama sekali bahagian yang terdedah kepada angin seperti muka, hidung, telinga, kita boleh kena “frostbite” dan kondisi ini sangat-sangat sengsara.

5. Atasi Kulit Kering

Kulit yang kering walaupun pada bahagian yang tidak terdedah pada angin juga boleh berlaku dan akan menyebabkan kegatalan yang teramat sangat. Jika kita menggaru dan menyebabkan kulit luka lebih perit. Cara mengatasi adalah sentiasa hidrasi dan juga pakai krim seperti vaseline di seluruh badan.

6. Pakai Mask

Jika bayi/kanak2 ataupun kita sendiri kena selsema semasa berjalan di musim sejuk tersangat-sangat sengsara dan makan masa berhari-hari ataupun sepanjang kita berada di sana. Jadi semasa keluar saya sarankan beli mask terutama yang ada insert lembab supaya kita terhindar dari selsema dan juga sekiranya kita terkena selsema ia tidak akan menjangkitkan orang lain.

7. Sunscreen

SUNSCREEN/SUNBLOCK juga penting, sebab semasa musim sejuk sinaran UV sangat kuat dan boleh menyebabkan SUNBURN JUGA!!

8. Kit Pertolongan Cemas

Kit pertolongan cemas pun masukkan dalam backpack anda.

Diharap anda sudah boleh memahami apa yang perlu dilakukan, bagi memastikan bayi anda sentiasa selesa dan selamat walau berada di musim sejuk.

Pastikan anda memberi perhatian yang lebih, pada bayi anda. Anda boleh juga mendapatkan khidmat pakar atau mereka yang berpengalaman, untuk maklumat yang lebih lanjut. Jom kita bercuti dengan insan tersayang tanpa perlu bimbang lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...